suria

Minum banyak air kosong masa sahur akan buat anda lemau, kerap ke tandas! Doktor saran letak garam celtic

Minum air semata-mata tidak cukup untuk mereka yang berpuasa.

RASA haus melampau sehingga mulut dan bibir kering serta pening kepala bukanlah gejala normal ketika berpuasa.

Sekiranya anda ada mengalami tanda-tanda berikut, berkemungkinan anda berdepan masalah dehidrasi ataupun keadaan badan kehilangan terlalu banyak air.

Menurut perkongsian Dr Hakim, minum air kosong dengan jumlah yang banyak ketika bersahur bukanlah penyelesaiannya terbaik sebaliknya ia hanya meningkatkan kekerapan membuang air kecil.

Jelasnya, petua terbaik untuk mencegah dehidrasi ialah menambahkan secubit garam celtic dalam air kosong bagi meningkatkan penyerapan air ke dalam badan.

"Ramai yang tidak tahu minum air kosong semata-mata ketika bersahur boleh buat badan terasa lemau, lesu dan cepat dehidrasi sepanjang bulan puasa.

"Sebenarnya air kosong sahaja tidak cukup, badan kita sebenarnya memerlukan elektrolite untuk kekal bertenaga.

"Solusinya senang sahaja tambahkan garam celtic ke dalam air," katanya menerusi perkongsian video di TikTok.

Garam celtik berfungis sebagai elektrolit untuk penyerapan air dalam badan.

Apa itu garam celtic?

Garam celtic yang juga dikenali sebagai gray salt bukanlah garam biasa kerana ia mempunyai jumlah mineral lebih tinggi untuk penyerapan air yang efisien.

Satu mineral yang cukup unik dalam garam celtic ialah magnesium yang bertindak sebagai 'water-hungry molecule' atau span untuk menghidrasi sel dalam tubuh.

Tambah Dr Hakim lagi, garam celtic berfungsi sebagai elektrolit yang menyeimbangman mineral dalam badan yang boleh mengelakkan kekejangan otot serta menghilangkan rasa lesu.

"Jangan percaya mitos, bukan semua garam buat darah tinggi, garam celtic ini ia berbeza kerana ia bantu seimbangkan mineral dalam badan kita dan elakkan kekejangan otot walaupun kita tak bersenam pun semasa bulan puasa.

"Kalau terus minum air kosong tanpa elektrolit, jangan pelik kalau badan terasa cepat letih cepat dehidrasi dan lesu sepanjang puasa daripada pagi sampai berbuka," kongsinya.

 

 

Artikel Lain