BERKONSEPKAN keikhlasan niat, amalan yang tulus, muhasabah, serta rasa belas kasihan sesama insan, AEON Bank (M) Berhad memperkenalkan kempen bertemakan ‘Niat di Hati, Semua Jadi’ sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
Tema tersebut menjelaskan bahawa niat yang baik, walau sekecil mana pun, jika dilaksanakan dengan molek dan tertib, mampu mencetuskan impak positif.
Kempen yang berlangsung sepanjang bulan Ramadan sehingga Syawal sarat dengan pengisian menarik yang mengetengahkan misi tersendiri.
Niat untuk menyantuni komuniti yang memerlukan dan mencipta impak bermakna: Inisiatif CSR Ramadan ‘Salam Prihatin’
Pada tahun ini, AEON Bank menggerakkan inisiatif 'Salam Prihatin' dengan menyantuni komuniti B40 dari Perumahan Pantai Permai, Kuala Lumpur.
Program tersebut dilaksanakan pada Selasa (11 Mac) dengan kolaborasi bersama AEON Co, di samping kerjasama dengan Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Penyayang (PERKEMP) Lembah Pantai iaitu sebuah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan.
Sumbangan diberikan kepada golongan B40 dari Perumahan Pantai Permai.
Inisiatif 'Salam Prihatin' disasarkan untuk membantu 400 ahli keluarga penerima sumbangan daripada 100 isi rumah yang menetap di Perumahan Pantai Permai, Lembah Pantai.
AEON Bank menaja pembelian barangan runcit dan keperluan dapur bernilai tunai RM300 bagi setiap keluarga penerima sumbangan, justeru menjadikan sumbangan keseluruhan sebanyak RM30,000.
Aktiviti tersebut dijalankan untuk menceriakan dan memberi rasa berdikari dalam menentukan keperluan keluarga masing-masing, lantaran keperluan isi rumah bagi setiap keluarga adalah berbeza, contohnya keluarga dengan anak kecil memerlukan barangan seperti susu dan lampin, berbanding dengan isi rumah ahli keluarga pelbagai generasi yang lain keperluannya.
Pada 11 Mac, para penerima sumbangan menaiki bas khas ke AEON Taman Maluri untuk membeli barangan dapur dan keperluan Ramadan mereka. Kakitangan AEON Bank turut tampil sebagai sukarelawan untuk membantu penerima sumbangan membeli-belah, khususnya warga emas dan mereka yang kurang mampu dari segi fizikal.
Di samping itu, para sukarelawan AEON Bank juga memastikan setiap keluarga dapat memaksimumkan bajet sumbangan tersebut dengan pembelian yang bijak dan cermat sekali gus menyumbang ke arah niat untuk mencetuskan kesedaran kewangan.
Pihak pengurusan kanan turut turun padang, justeru mencetuskan senyuman ceria dan memeriahkan aktiviti pada hari tersebut, termasuklah Pengarah Urusan AEON Co. (M) Berhad, Naoya Okada; Ketua Pegawai Eksekutif AEON Bank (M) Berhad, YM Raja Datin Paduka Teh Maimunah; dan Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Pengurusan Korporat AEON Bank, di samping barisan kepimpinan utama AEON Bank.
Niat untuk menyemai keterangkuman kewangan dalam kalangan para pelajar: Panel Dialog Shariah Live!
Selaras dengan niat dan komitmen untuk membudayakan keterangkuman kewangan, AEON Bank telah menganjurkan panel dialog Shariah Live! di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada 3 Mac lalu, iaitu hari kedua berpuasa.
Program itu berjaya menarik penyertaan lebih 800 pelajar dan pegawai universiti.
Acara tersebut diadakan sebagai sebahagian daripada niat dan usaha AEON Bank ke arah menyemai pengetahuan di kalangan para pelajar dan belia tentang dasar asas kewangan Islamik dan prinsip utama perbankan patuh Syariah dan potensinya dalam menambah nilai serta mendorong impak positif kepada masyarakat.
Membicarakan topik ‘Digital Banking 101’, panel dialog tersebut dihoskan oleh personaliti yang dikenali ramai, Aniq Muhai, bersama dua panelis iaitu Pengerusi Jawatankuasa Syariah serta Ahli Lembaga Pengarah AEON Bank, Wan Rumaizi Husin dan Ketua Pegawai Shariah AEON bank, Ibrahim Mohd Hasan.
Acara tersebut diakhiri dengan majlis berbuka puasa tajaan AEON Bank di pekarangan Masjid Sultan Ahmad Shah UIAM, sebagai sebahagian daripada program Jaulah Iftar.
Sebagai pengantara ke arah keterangkuman kewangan, AEON Bank turut membuka kaunter bagi memberi peluang kepada pelajar UIAM membuka Akaun Simpanan-i dan memenangi hadiah eksklusif daripada AEON Bank.
Niat untuk merealisasikan impian kewangan dengan Personal Financing-i
AEON Bank kini menawarkan pembiayaan peribadi yang fleksibel untuk rakyat Malaysia
Baru-baru ini, AEON Bank telah mengumumkan pelancaran Pembiayaan Peribadi-i atau Personal Financing-i (PF-i), satu fasiliti pembiayaan patuh Syariah, tanpa cagaran dan 100% digital.
PF-i terbuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 hingga 55 tahun dengan pendapatan kasar bulanan RM3,000 ke atas, termasuk pekerja ekonomi gig, keluarga pelbagai generasi yang memikul banyak komitmen kewangan, serta pekerja berasaskan komisen, serta rakyat Malaysia yang memerlukan penyelesaian kewangan yang fleksibel.
Pemohon yang layak boleh memperoleh Pembiayaan Peribadi-i antara RM1,000 hingga RM10,000 dengan tempoh pembayaran balik yang fleksibel antara 3, 6, 9, 12, 18 atau 24 bulan. Pembiayaan patuh Syariah tanpa cagaran tersebut menawarkan Kadar Keuntungan Rata sebanyak 6.88% setahun, dengan Kadar Keuntungan Efektif antara 10.29% hingga 12.70% setahun. Dengan struktur pembiayaan sedemikian serta bayaran Wakalah serendah RM1.00 yang dikenakan setelah pembiayaan diterima, ia merupakan pilihan pembiayaan peribadi yang menjimat kos dan mudah diakses.
Sepanjang tempoh promosi dari 5 hingga 31 Mac 2025, 500 pelanggan pertama yang berkelayakan akan menerima Mata Ganjaran AEON bernilai sehingga RM50 selepas pembiayaan PF-i berjaya disalurkan.
Klik pautan ini untuk menonton video tentang Pembiayaan Peribadi-i (PF-i) atau layari laman web rasmi AEON Bank dan klik pada tab ‘Peribadi’ dan kemudian ‘Pembiayaan’. Manakala di aplikasi AEON Bank, klik pada tab ‘Pembiayaan’ di bahagian bawah aplikasi tersebut.
Niat untuk mendorong penjimatan dalam berbelanja: Kempen Salam Ramadan 10X Mata Ganjaran AEON
Pelanggan berpeluang menikmati 10X Mata Ganjaran AEON dan memaksimumkan penjimatan apabila membeli-belah menggunakan AEON Bank Debit Card-i di rangkaian AEON terpilih
Sepanjang Ramadan dan Syawal, AEON Bank menggalakkan rakyat Malaysia untuk lebih bijak berbelanja, di samping memaksimumkan penjimatan serta menikmati ganjaran tambahan menerusi transaksi harian dan juga apabila membeli-belah.
Bermula 1 Mac hingga 6 April 2025, para pelanggan boleh mendapat 10X Mata Ganjaran AEON apabila membuat pembayaran menggunakan Kad Debit-i AEON
Bank di rangkaian peruncit AEON yang mengambil bahagian.
Mata ganjaran tersebut kemudiannya boleh ditebus kepada wang tunai menerusi aplikasi AEON Bank.
Selain itu, mereka juga digalakkan untuk memulakan Savings Pot masing-masing melalui aplikasi AEON Bank agar dapat menikmati kadar keuntungan 3 peratus setahun, iaitu salah satu kadar yang paling kompetitif di pasaran hari ini.
Pengguna juga boleh mengumpul Neko Paws dengan menyertai Neko Missions, dan menebus ganjaran menarik daripada rakan niaga seperti ZUS Coffee, Tealive dan DuitNow PayNet.
Orang ramai berpeluang berinteraksi dengan Neko.
Niat untuk mendekatkan perbankan digital patuh syariah dengan komuniti: Neko Cruiser Jelajahi Bazar Ramadan
Dalam pada itu, orang ramai berpeluang untuk bersalaman dan berinteraksi dengan maskot kucing AEON Bank yang comel iaitu Neko di bazar-bazar terpilih pada minggu kedua hingga keempat Ramadan.
Neko Cruiser berperanan sebagai hab keterangkuman kewangan digital interaktif O2O bergerak yang menghubungkan komuniti dengan perkhidmatan perbankan digital. Justeru, ia membantu mereka untuk lebih mudah beralih ke arah transaksi tanpa tunai, serta mengoptimumkan penggunaan pembayaran digital.
Neko Cruiser dijadualkan bertemu pelanggan di bazar Ramadan Kg Melayu Majidee, Johor Bahru pada 13 hingga 15 Mac, bermula pukul 4.00 petang. Manakala lokasi kedua Neko Cruiser pada 20 hingga 22 Mac, dan lokasi ketiga pada 25 hingga 27 Mac pula akan diumumkan di Instagram AEON Bank.
Di semua lokasi tersebut, pasukan Neko Cruiser akan membantu orang ramai untuk memuat turun aplikasi, membuka Akaun Simpanan-i dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti O2O bagi memenangi hadiah eksklusif AEON Bank.
Niat untuk menyumbang kepada pembangunan kewangan Islam dan ekonomi digital negara
Sebagai sebahagian daripada Kumpulan AEON - yang telah berada di pasaran Malaysia selama lebih 40 tahun - AEON Bank kekal komited dalam membina masa depan kewangan yang lebih inklusif, membantu rakyat Malaysia mencapai kebebasan ekonomi, memacu industri perbankan Islam berteraskan teknologi kewangan (fintech) di rantau ini, serta memperkembangkan pertumbuhan ekonomi digital negara.
Jangan lupa saksikan video ‘Niat di Hati, Semua Jadi’ dan kongsikan ‘niat’ anda dengan menandai serta mengikuti AEON Bank di media sosial.
Untuk maklumat lanjut tentang kempen Ramadan dan Syawal, layari laman web AEON Bank dan imbas QR Code berikut untuk muat turun aplikasi AEON Bank.