WANITA yang sedang merancang untuk hamil pasti mengalami kekecewaan setiap kali datang haid.
Setelah pelbagai ikhtiar dilakukan termasuk mengira waktu subur, mengambil makanan tambahan dan menjaga kesihatan dengan sebaik mungkin, kedatangan haid seolah-olah satu tamparan emosi.
ARTIKEL BERKAITAN: Tak saran pati haruan, gamat... Wanita bersalin czer kongsi pengalaman berpantang, luka cepat sembuh
Namun begitu, menurut seorang pakar perubatan, Dr Raihana Ismail haid bukanlah tanda kegagalan atau pasrah, sebaliknya ia adalah masa terbaik untuk mempersiapkan rahim dan hormon bagi pusingan seterusnya.
Buah delima adalah contoh makanan yang kaya zat besi. -Gambar hiasan
Menurut beliau, ketika haid wanita yang berikhtiar hamil disarankan mengambil jenis makanan berikut untuk membantu peluang 'lekat' selepas haid nanti, iaitu:
1. Makanan kaya zat besi
- Buah delima beserta biji, daging merah rebus, bayam, brokoli, pucuk manis, kacang dal, chia seed. Tip tambahan, ambil bersama buah yang tinggi vitamin C seperti jambu batu, oren, kiwi supaya zat besi diserap
2. Makanan kaya magnesium
- Ia membantu meredakan senggugut dan menenangkan otot rahim. Ambil avokado, biji labu, biji bunga matahari, dark chocolate, kacang badam atau walnut.
Buah yang kaya dengan vitamin C sangat disarankan bagi mereka yang sedang berikhtiar hamil. -Gambar hiasan
3. Makanan anti radang
- Untuk elakkan rahim panas dan buang darah lama. Ini kerana badan terlalu radang ketika period, rahim tak sempat heal. Pilihan terbaik, ambil sup ayam bersama kunyit dan halia, teh halba, teh halia, ikan kembung, ikan sardin, omega 3
4. Sayur hijau dan air putih
- Berfungsi untuk membuang lebihan hormon estrogen, manakala air membantu melancarkan aliran darah. Fokus mengambil sayur berdaun gelap, minum air dua hingga tiga liter sehari dan kurangkan minuman manis dan air sejuk berlebihan.
"Kalau nak pusingan seterusnya lebih subur, kita kena mulakan dari hari pertama period," pesan Dr Raihana lagi.