suria

Patutlah gajah dianggap haiwan paling penyayang... Rupanya ada sistem sosial ‘allo-mothering’, saling lindungi anak-anak

Induk gajah yang setia menemani jasad anaknya yang dilanggar lori pada Ahad mencetuskan rasa hiba netizen.

SELURUH negara tidak dapat menahan sebak apabila menyaksikan video seekor induk gajah setia berdiri berdekatan jasad anaknya yang mati digilis sebuah lori, yang tular sejak Ahad.

Lebih memilukan, insiden menyayat hati itu berlaku ketika sambutan Hari Ibu, sekali gus menjentik rasa hiba apabila melihat betapa kasihnya seekor haiwan terhadap anaknya yang sudah tidak bernyawa.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak maut dilanggar, terperosok bawah lori… Video ibu gajah setia menunggu sampai hari cerah undang sebak

Ramai yang mungkin tidak tahu bahawa gajah, khususnya baka Asia yang terdapat di Malaysia, adalah antara haiwan paling penyayang dan mempunyai ikatan keluarga sangat kuat.

Berikut merupakan tujuh fakta menarik mengenai gajah sebagaimana perkongsian Jabatan Perhilitan Semenanjung Malaysia:

1. Gajah Asia boleh membesar sehingga ketinggian 2.5 meter hingga 3 meter pada paras bahu dan mencecah 5,000 kilogram.

TOPSHOT - This photo taken on September 1, 2023 shows a one-day-old female Sumatran elephant by her 41-year-old mother elephant named Lisa at the Elephant Flying Squad camp in the Tesso Nilo National Park in Pelalawan, Sumatra. (Photo by WAHYUDI / AFP)Gajah merupakan haiwan yang mempunyai tempoh kehamilan terpanjang bagi semua mamalia iaitu hampir 22 bulan.  

2. Gajah mempunyai tempoh bunting yang lama iaitu hampir dua tahun (22 bulan) dan hanya melahirkan seekor anak pada satu masa. Ini menjadikan gajah sebagai haiwan yang mempunyai tempoh kehamilan terpanjang bagi semua mamalia. 

3. Gajah mempunyai keunikan kerana mampu mengesan lokasi air sejauh 12 batu atau 19 kilometer.

4. Gajah hanya tidur dua hingga tiga jam sehari manakala waktu selebihnya digunakan untuk mencari makanan.

A group of elephants crossing a highway in Peninsular Malaysia. Similar conflicts will happen in Sukau area if a bridge/road is developed. (picture for story slug kkrbridge160117)Gajah sering bergerak secara berkumpulan.

5. Gajah mempunyai kawasan rayau yang luas, selalu bergerak dalam kumpulan dan diketuai oleh seekor gajah betina yang paling tua.

6. Sistem sosial gajah sangat unik kerana terdapat tabiat dipanggil allo-mothering, di mana semua gajah betina akan bersama-sama menjaga anak gajah walaupun bukan anaknya.

7. Gajah jantan matang akan meninggalkan kumpulan dan mengikuti kumpulan gajah jantan lain atau menunggal.

Gajah jantan yang matang hanya mencari gajah betina apabila tiba musim mengawan.

Artikel Lain