suria

Siti Nurhaliza, Neelofa, Fattah bakal menang pilihan raya jika bertanding, Aiman Tino turut tersenarai

Neelofa, Aiman Tino, Fattah Amin dan Datuk Seri Siti Nurhaliza antara selebriti yang mendapat carian tertinggi di Google.

BUNYINYA macam kelakar tapi jangan terkejut kalau selebriti terkenal Malaysia seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza atau pun Neelofa dan beberapa selebriti lain mampu memenangi pilihan raya sekiranya mereka bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Ini kerana populariti yang mereka raih boleh menjadi penyumbang untuk mereka mendapat sokongan ramai.

Sebenarnya sejarah pernah membuktikan beberapa selebriti terkenal dunia yang terjun dalam bidang politik dan bertanding bergelar seorang presiden!

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa kata artis wanita hanya perlu ‘jual wajah’? Kenali 10 selebriti ‘beauty with brain’ Malaysia

ARTIKEL BERKAITAN: Masih sedap mata memandang... Wow! Ini 10 personaliti lelaki 'mengancam' walau usia lebih 40 tahun

Pelawak Volodymyr Zelenskiy Presiden baharu Ukraine.

Terbaharu pada Ahad lalu, pelawak terkenal Ukraine iaitu Volodmymyr Zeldnskiy memenangi pilihan raya dan kini bergelar presiden negara itu.

Malah mungkin ada yang tidak tahu, Presiden Amerika Syarikat ketika ini, Donald Trump adalah seorang usahawan dan bintang realiti menerusi program popular The Apprentice.

Presiden kesembilan Filipina iaitu Joseph Estrada juga adalah seorang pelakon terkenal negara itu yang dipilih sebagai Presiden pada 1998 hingga 2001.

Ia bukti selebriti mempunyai kelebihan unik sekiranya menceburkan diri dalam arena politik.

Siti Nurhaliza.

Di Malaysia, sebuah syarikat penyelidikan digital, Nobleman Creation telah melakukan satu analisis segera untuk mencari lima selebiriti Malaysia yang mempunyai potensi memenangi pilihan raya berdasarkan kepada populariti atas talian sekiranya mereka bertanding pada masa hadapan.

Menariknya, menerusi hasil tinjauan itu mendapati penyanyi sensasi yang baharu sahaja berusia 20 tahun iaitu Aiman Tino turut tersenarai sebagai calon ahli politik berdasarkan popularitinya mendapat 40,000 carian diikuti Fattah Amin 30,000 carian berdasarkan populariti enjin carian di Google.

Siti Nurhaliza pula mendapat kiraan tertinggi dengan 90,000 carian manakala Neelofa di tempat kedua iaitu 70,000 carian.

Fattah Amin.

Penyanyi yang sedang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna juga tersenarai sebagai selebriti berpotensi dengan 60,000 carian.

Populariti kelima-lima nama itu adalah daripada purata di enjin carian Google pada setiap bulan daripada 300 selebriti lain yang turut disenaraikan dalam tinjauan itu.

Tapi nanti dulu, ahli politik di Malaysia pun tidak kurang hebatnya juga yang turut tersenarai dalam tinjuan atas talian tersebut.

Anwar Ibrahim.

Nampaknya Datuk Seri Anwar Ibrahim mendahului senarai ahli politik dalam carian Google apabila beliau mendapat 110,000 carian setiap bulan diikuti Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selain Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq (90,000).

Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dengan 60,000 carian dan bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin 33,000 carian.

Artikel Lain