suria

Pekerja binaan jadi 'influencer' sekelip mata, kerap kongsi aktiviti harian di Instagram

Omar bergelar 'influencer' selepas berkongsi tentang kehidupannya sebagai seorang pekerja binaan.

MEDIA sosial sudah menjadi platform untuk mengetengahkan personaliti yang dipanggil 'influencer', tanpa mengira apa jua bakat seseorang itu.

Seorang bapa dari Texas, Amerika Syarikat (AS) bergelar 'influencer' selepas dipopularkan oleh anaknya di Twitter.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengetua pencen tiba-tiba popular selepas jadi bahan 'eksperimen' cucu

ARTIKEL BERKAITAN: Masih berbikini, nenek 56 tahun tampil gaya fesyen 'berani mati'

Omar merupakan seorang pekerja pembinaan di Austin.

Omar kerap memuat naik gambar dia mengenakan pakaian kerjanya.

Pada asalnya, Omar tidak mengetahui apakah yang dimaksudkan dengan 'influencer' dan bertanya tentangnya kepada anak perempuannya.

Selepas dimaklumkan tentang maksud 'influencer' tersebut, reaksi bersahaja Omar hanyalah: "Pssh, ayah pun boleh buat."

Jadi, bapa tersebut mendaftar akaun Instagram @justaconstructionguy dan mula berkongsi tentang kehidupan hariannya sebagai seorang pekerja pembinaan.

Lihatlah jumlah pengikut Omar sudah mencecah lebih setengah juta!

Dalam tempoh seminggu sahaja, Omar berjaya mengumpul lebih 342,000 pengikut di Instagram.

Terkini, jumlah pengikutnya sudah meningkat kepada 544,000 orang.

Gaya bergambar ini seperti biasa dilihat, kan?

Omar memuat naik beberapa gambar yang biasa dilakukan oleh personaliti media sosial lain seperti aktiviti minum secawan kopi, gambar pakaian hari ini (outfit of the day) dan gaya paling popular seakan membawa seseorang menuju ke sebuah destinasi.

Cuba lihat keliling anda, siapa tahu anda sendiri boleh menjadi seorang 'influencer' hanya dengan berkongsi tentang kehidupan harian dengan cara yang unik?

Omar, pekerja binaan, influencer

Artikel Lain