suria

Pengetua pencen tiba-tiba popular selepas jadi bahan 'eksperimen' cucu

Gaya 'swag' Tetsuya ketika bergambar untuk projek fotografi cucunya. - Instagram @slvr.tty

SEORANG datuk yang juga pengetua sekolah pencen berusia 84 tahun, Tetsuya pada asalnya tidak minat dengan fesyen tetapi terjebak menjadi ikon gaya selepas 'dikerjakan' oleh cucunya.

Semuanya bermula pada bulan lalu apabila Naoya Kudo pulang ke kampungnya di Wilayah Akita untuk melawat bekas guru subjek Kimia ini sempena cuti Minggu Emas Jepun.

Ketika pertemuan itu, Naoya bertanya sama ada datuknya sudi menjadi model pakaian pereka yang baharu dalam industri.

ARTIKEL BERKAITAN: Masih berbikini, nenek 56 tahun tampil gaya fesyen 'berani mati'

Mereka berdua meluangkan masa berkualiti bersama dan tidak sangka gambar-gambar yang dirakam akan menjadi perhatian di media sosial.

Tetsuya merupakan bekas seorang pengetua sekolah. - Instagram @slvr.tty

Kudo memberitahu BuzzFeed News, datuknya membantu menentukan pemilihan lokasi penggambaran dan mereka berdua merancang penggambaran itu bersama-sama.

Mereka turut ke padang dan pantai berhampiran kediaman Tetsuya, termasuk sekolah yang menjadi tempat warga emas itu bertugas sebagai seorang pengetua!

Gambar-gambar Tetsuya menjadi tular selepas cucunya memuat naik beberapa keping ke Twitter.

"Anda lebih segar daripada sayur-sayuran di kedai runcit saya," kata seorang pengguna media sosial.

Manakala seorang lagi berkata: "Saya mahu menjadi cool seperti ini apabila saya sudah tua."

Tetsuya menjadi sensasi di internet selepas digayakan oleh cucunya. - Instagram @slvr.tty

Teruja dengan reaksi yang diterima, Naoya membuka satu akaun Instagram khas buat datuknya.

Naoya mengakui datuknya menjadi lebih popular daripada apa yang dijangkakannya.

Hanya dalam tempoh sebulan, akaun Instagram SLVR.TTY berjaya menghimpunkan seramai 101,000 pengikut.

Akaun tersebut dikendalikan oleh Naoya dan pemuda itu memiliki lebih banyak gambar untuk dikongsikan. - Oddity Central

Tetsuya, fesyen

Artikel Lain