SEORANG influencer wanita yang digelar breatharian berkongsi tentang kontroversi cara hidupnya yang berpuasa selama 97 hari berturut-turut. Breatharian adalah individu yang mempercayai kehidupan dapat diteruskan hanya dengan bertafakur di mana seseorang itu boleh mendapat khasiat dalam diri menerusi udara atau cahaya. Audra Bear, 25, merupakan seorang yang mengamalkan gaya hidup 'pranic' atau kaedah sains dan seni kuno untuk menyembuhkan diri dengan menggunakan tenaga 'prana' atau 'ki'. Ia sejenis gaya hidup yang diamalkan tanpa makan dan minum. ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja binaan jadi 'influencer' sekelip mata, kerap kongsi aktiviti harian di Instagram Audra memberitahu The Mirror bahawa amalan tersebut menjadikannya jarang memerlukan makanan. "Bernafas membantu anda mengenali siapa diri anda sebenarnya dan apa yang anda perlukan atau tidak. "Saya tidak pernah berniat untuk berhenti makan. Saya bermula dengan mengamalkannya 40 minit sehari dan selepas lima hari saya tidak lagi bernafsu untuk makan. "Puasa pertama saya bertahan selama 97 hari," katanya. Adakah gaya hidup Audra ini selamat untuk kesihatan? Seorang doktor di United Kingdom, Dr Sonal Shah memberitahu Yahoo UK: "Sesiapa yang bercadang untuk mengamalkan kaedah ini perlu berjumpa dengan doktor mereka kerana ia mungkin tidak sesuai kepada semua orang, terutamanya kepada pesakit kencing manis dan wanita yang menyusukan anak." - Yahoo