suria

Uniknya Moore... Menapak keliling padang pada usia 99 tahun kumpul dana buat frontliner perangi Covid-19

Moore mencabar dirinya sendiri untuk berjalan 100 pusingan di laman rumahnya bagi mengutip sumbangan untuk NHS.
1 / 1

BIARPUN usianya hampir mencecah 100 tahun pada Mei ini, Tom Moore tetap menjalankan tanggungjawab bagi membantu negaranya.

Moore,99, bekas tentera veteran Perang Dunia Kedua (WW2) berjaya membuktikan usia bukan penghalang untuk membantu orang lain, terutama barisan hadapan petugas kesihatan dalam menghadapi penularan Covid-19.

Moore memulakan cabaran berjalan sehingga 100 pusingan di taman kediamannya dan mensasarkan kutipan sebanyak 1,000 paun sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Orang lain berpusu-pusu pulang ke negara asal kerana Covid-19, tapi empat beranak ini terbang ke Bali untuk asingkan diri

Namun sebaliknya berlaku apabila dia berjaya mengumpul 2,000 kali ganda daripada jumlah sasaran awal.

Moore berharap dapat menyempurnakan cabaran epiknya ini sebelum menyambut hari kelahirannya yang ke-100 bulan depan.

Berikutan sambutan hangat itu, Moore meluahkan rasa terharu dengan memuat naik status di Twitternya.



Moore melancar tabung bantuan kepada petugas-petugas kesihatan dengan menyahut cabaran berjalan kaki 100 pusingan di rumahnya.

“Apabila saya memulakan cabaran ini Isnin lalu, sasaran saya adalah 1,000 paun untuk barisan petugas NHS.

“Tiada ayat lain... hanya terima kasih. Ayuh kita sentiasa ingat bahawa keadaan akan semakin baik.”

“Kita mempunyai masalah sebelum ini, kita berjaya lalui dan kita sekali lagi akan laluinya bersama.

“Saya tidak pernah bayangkan untuk berbuat seperti ini, tetapi sangat terharu dan harap semua lancar kerana layanan yang saya terima daripada semua doktor dan jururawat sangat luar biasa.



Moore bakal menyambut kelahiran ke-100 Mei ini.

“Dan mereka sangat baik.”

Moore dari Keihley di Yorkshire merupakan seorang jurutera sebelum menyertai pasukan tentera untuk WW2, sebagai kapten dan berkhidmat di di India dan Myanmar yang dulunya dikenali sebagai Burma.

Tabung dananya itu kini mendapat sumbangan lebih 100,000 orang untuk 100 pusingan yang dilakukannya. -Dailystar

Tom Moore, Berjalan, 100 Tahun

Artikel Lain