KETIKA Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kalau terliur nak makan manisan yang sejuk dan sedap, ramai yang cari wanita ini sebab masing-masing tak boleh 'panjang langkah' keluar rumah. Wanita yang sama jugalah terpaksa berdepan selebriti tempatan yang ‘marah-marah’ gara-gara tindakannya memperkenalkan cheesekut premium (gabungan cream cheese dan biskut) secara online di bulan Ramadan. Mana tidaknya! Artis berkenaan mahu jaga badan dan kekal langsing, tapi kalau ada manisan yang sangat sedap, memang tak ada siapa yang boleh berkata '‘tidak'. Cheesekut premium keluaran Biscochiz. Masuk bulan Syawal pula, kebiasaannya ramai sudah mula ikat perut sebab banyak berbelanja untuk menyambut Aidilfitri dan bisnes pun dah tak sekencang dulu, tapi tidak bagi permintaan cheesekut ini. Begitulah penangan cheesekut Biscochiz sehingga ejen-ejen terpaksa restock produk berikutan permintaan tinggi daripada pelanggan. Tapi siapakah individu di sebalik Biscochiz yang asyik disebut-sebut dan laris bak pisang goreng panas itu? Cheesekut premium yang viral ini diperkenalkan oleh anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan, Wan Nurasyikin Wan Mustaffa Kamel yang merupakan pengasas bersama Biscochiz. Cheesekut premium Biscochiz menghimpunkan lima perisa iaitu Salted Caramel, Hershey's, Oreo, Tiramisu dan Mango. Lebih dikenali sebagai Syikin, ibu kepada dua cahaya mata ini merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan dari Federation University di Ballarat, Ausralia. Namun kerana minat yang begitu mendalam dalam bidang pembuatan kek dan pastri, wanita berusia 26 tahun ini sanggup menyertai pelbagai kelas masakan dan mencipta resipi sendiri. Kini dia dikatakan 'berguru' dengan chef pastri terbaik dunia, Dominique Ansel. Wow, hebat bukan? “Bercita-cita nak menjadi akauntan yang berjaya sampai sanggup belajar tinggi-tinggi. Masa belajar dulu, struggle sambil terpaksa belajar, menjaga dua anak dan mengendalikan bisnes pada masa yang sama. "Menangis, letih, stres dengan assignment selepas assignment lain, mencari duit, jaga anak-anak. Tapi tak putus asa dan akhirnya dapat tamatkan pengajian di Federation University, Australia dan dinobatkan sebagai Pelajar Terbaik Malaysia untuk Ijazah Sarjana Muda Perakaunan dan Perdagangan," ujarnya. Syikin bersama suami dan anak-anak. Mengusahakan bisnes pastri bersama suami, Ahmad Shahir Ismail, Syikin pernah ditawarkan bekerja di beberapa bank terkemuka di negara ini, tetapi peluang keemasan itu terpaksa dilepaskan kerana cintanya terhadap dunia pastri tidak berbelah bahagi. Habis tu, bagaimana boleh terjebak dalam dunia pastri pula? "Satu sahaja... sebab minat! Membuat pastri ini adalah satu terapi. Kalau orang senyum makan pastri buatan saya, hilang segala penat lelah dan stres. "Susah macam mana pun membuat Biscochiz, ianya lagi seronok, lagi puas, dan lagi berbaloi. Saya sanggup menghabiskan banyak duit untuk masuk kelas-kelas masakan. "Terbaharu adalah berguru dengan Chef Pastri Terbaik Dunia, Dominique Ansel. Ilmu dan teknik-teknik yang dipelajari saya sangat berguna untuk R&D (penyelidikan dan pembangunan) Biscochiz, ” katanya, merujuk kepada chef kelahiran Perancis yang menempa nama di Amerika Syarikat. Berdasarkan reviu dan maklum balas pelanggan mengenai Biscochiz, ramai berpandangan ia lain daripada lain, berbeza berbanding cheesekut di pasaran. Maka tidak hairanlah team Biscochiz tidak menang tangan untuk memenuhi permintaan dan tempahan pelanggan setiap hari. Cheesekut premium keluaran Biscochiz bertaraf lima bintang. Cheesekut premium keluaran Biscochiz bertaraf lima bintang yang mana resipinya diolah dan dibuat secara khas menggunakan dua jenis cream cheese premium semulajadi dari Australia dan bahan-bahan premium lain seperti Oreo, Hershey's dan Caramel. Bagi mereka yang gemarkan kek ais krim, ia boleh dimakan 30 minit selepas defrost kerana ada bahagian yang masih keras dan ada bahagian yang lembut. Nikmat apabila makan cheesekut premium yang cair di mulut. Keenakannya tidak terkata! Cheesekut premium Biscochiz menghimpunkan lima perisa yang menjadi pilihan ramai iaitu Salted Caramel, Hershey's, Oreo, Tiramisu dan Mango. Maklumat lanjut atau membuat tempahan cheesekut premium Biscochiz boleh mengunjungi laman sosial instagram Biscochiz dan Facebook Biscochiz Official HQ atau terus menghubungi nombor aplikasi WhatsApp di talian 011-5873 9060. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!