SELEPAS hampir setahun pandemik Covid-19 melanda dunia, nampaknya masih belum ada tanda-tanda ia bakal lenyap daripada kehidupan manusia. Bagaimanapun kesannya jelas, jutaan manusia sudah dijangkiti wabak itu dan bertambah buruk apabila pelbagai sektor ekonomi juga terpaksa gulung tikar atau membuang pekerja bagi mengurangkan kos.ARTIKEL BERKAITAN :Membesar sebagai 'slow learner' bukan alasan cipta kejayaan... Madiha Fuad kini uruskan 5 syarikat, bangun aplikasi bantu individu murung Syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia juga tidak terlepas daripada kesan pandemik ini sehingga terpaksa mengambil pelbagai langkah survival untuk terus kekal beroperasi. Ini termasuklah melakukan transformasi digital dan membuka peluang baharu perniagaan bukan penerbangan seperti Restoran Santan yang semakin berkembang. Dalam situasi semasa yang mencabar, Santan berjaya melangkah kehadapan dengan membuka cawangan keduanya di Sunway Pyramid dan tiga francais lain di SOGO Kuala Lumpur, 163 Retail Park Mont Kiara dan AEON Shah Alam. Kapten Azrul Hakim (kiri) dan Kapten Syamim Shahabuddin optimis dapat berjaya dalam bidang F&B. Pembukaan cawangan terbaharu ini juga membuka peluang kepada kakitangan AirAsia atau Allstars iaitu Kapten Lee Chin Hooi, Kapten Fredrick Jeremy, Kapten Azrul Hakim, Kapten Mohamed Shafiran dan Kapten Syamim Shahabuddin untuk memulakan kerjaya baharu bersama Santan. "Pandemik ini membuatkan saya menilai semula perancangan jangka panjang dalam kerjaya saya. Kita semua harus bermula di suatu tempat dan saya percaya Santan adalah langkah tepat untuk menceburkan diri dalam industri F&B," kata Fredrick yang juga seorang jurulatih pesawat jenis A320. Bagi Chin Hooi, Mohamed Shafiran dan Syamim pula, mereka memilih perniagaan ini kerana ingin menjana pendapatan tambahan bagi keluarga mereka memandangkan ketika ini tidak dapat berkhidmat berikutan sempadan antarabangsa masih ditutup. Mengakui industri makanan adalah baharu buat mereka namun lega apabila mendapat sokongan dan bimbingan daripada pihak pengurusan Santan seperti mencari lokasi terbaik serta menyediakan kakitangan memandangkan mereka masih tiada pengalaman dalam industri F&B. Tiada istilah terlambat untuk memulakan perniagaan dan mempelajari sesuatu yang baharu. Saya harap saya dapat memberi inspirasi kepada usahawan baharu yang ingin mengikuti impian mereka dan mendorong semua orang untuk menceburkan diri dalam perniagaan francais. KAPTEN LEE CHIN HOOI Sediakan payung sebelum hujan Bagi Azrul Hakim, meskipun situasi sekarang sangat mencabar namun dia tidak teragak-agak untuk merebut peluang memulakan perniagaan. Malah sebelum ini, Azrul Hakim pernah memulakan perniagaan francais dengan salah sebuah jenama minuman bubble tea popular dan berjaya. Menyedari potensi francais Santan, Azrul mengambil peluang untuk membuka dua francais Santan di PKNS Shah Alam bersama rakannya, Fredrick dan AEON Shah Alam pada bulan ini. "Kaji selidik juga penting sebelum memulakan sebarang perniagaan, seperti mengadakan perbincangan dan pemerhatian dengan pemain industri serta maklum balas daripada ahli keluarga dan rakan-rakan kerana mereka adalah bakal pelanggan anda. Kapten Azrul Hakim dan rakan perniagaannya bersama Catherine Goh, Pengurus Besar Santan di cawangan Santan AEON Shah Alam. "Kami telah melakukan perbandingan dengan perniagaan francais lain dalam kategori yang sama dan mendapati Santan menepati pelan perniagaan kami terutamanya dengan sokongan mereka, ” tambah Azrul Hakim dan Fredrick. Mohamed Shafiran dan Syamim yang bekerjasama untuk membuka francais Santan mereka pada suku pertama tahun 2021, berkata, mereka memilih Santan kerana jenamanya boleh membantu meminimumkan risiko perniagaan berbanding menubuhkan jenama sendiri. Azrul Hakim memberitahu menceburi perniagaan francais memerlukan ketahanan mental dan fizikal untuk menangkis cabaran, seperti dikatakan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Airasia, Tan Sri Tony Fernandes, tiada apa yang mustahil. “Berdasarkan pengalaman, semestinya kita tidak boleh lari daripada cabaran dan rintangan, tetapi ingat bahawa setiap masalah mempunyai penyelesaian. Apa yang penting, jangan takut untuk bermula dari sekarang!” kata Kapten Azrul Hakim. "Memahami pelan perniagaan, mempunyai pasukan yang hebat dan sikap tidak pernah berputus asa juga merupakan antara kunci kejayaan," kata Fredrick Jeremy yang merupakan peminat Nasi Padang dengan Rendang Daging Santan. Kapten Lee Chin Hooi dan Kapten Frederick Jeremy. Syamim dan Mohamed Shafiran yang telah bersama syarikat penerbangan ini selama lebih dari 13 tahun percaya bahawa ada hikmah di sebalik musibah dan harus bersedia untuk berubah. Walaupun mereka tidak sabar untuk kembali berkhidmat sebagai juruterbang, mereka teruja untuk memulakan perniagaan bersama Santan. “Tiada istilah terlambat untuk memulakan perniagaan dan mempelajari sesuatu yang baharu. Saya harap saya dapat memberi inspirasi kepada usahawan baharu yang ingin mengikuti impian mereka dan mendorong semua orang untuk menceburkan diri dalam perniagaan francais. Mencari jenama francais yang tepat adalah penting, tetapi saya yakin perniagaan francais bersama Santan akan terus berjaya, ” kata Chin Hooi. Azrul Hakim dan Fredrick juga berharap untuk mecipta kejayaan bersama Santan dan mengembangkan perniagaan mereka ke pasaran baharu, sambil menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan untuk komuniti setempat.