suria

Mumbai aku datang! Gadis ini syukur dapat sambut raya dengan ibu bapa di India, lepas rindu 4 tahun tak bertemu

Nila gembira dapat menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keedua ibu bapanya di Mumbai, India

EMPAT tahun terpisah antara jarak dan waktu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui

Namun ketibaan lebaran kali ini cukup bermakna buat seorang remaja, Nila Hikmahana Mohd Hafiz, apabila dapat memeluk dan mencium tangan kedua ibu bapanya di pagi Syawal.

Nila, 21, berkata, sudah empat tahun dia tidak dapat bertemu orang tuanya yang bertugas di di Mumbai, India.

ARTIKEL BERKAITAN: Bermula sebagai personal shopper di Kanada, kini buka butik sendiri... Impiannya mahu lihat golongan biasa pakai barang mewah

"Empat tahun tidak dapat bertemu ibu bapa bukan perkara mudah... setiap masa saya merindukan mereka yang jauh diperantauan dan saya pula di Malaysia.

"Keadaan bertambah teruk apabila Covid-19 melanda dunia, pintu sempadan negara ditutup dan tidak boleh ke sana untuk melawat ibu bapa.

WhatsApp Image 2022-05-01 at 12.55.10 AM

Nila dan tiga orang abangnya pernah berjauhan sewaktu perayaan Aidilfitri bersama kedua ibu bapanya sewaktu 2020.

"Alhamdulillah penantian itu berakhir apabila tahun ini dapat bersama-sama mereka untuk menyambut hari raya," katanya kepada mStar.

Ibu bapa Nila iaitu Noor Zana Ahmad dan Mohd Hafiz Hashim yang juga Pengarah Tourism Malaysia, Mumbai menetap di Mumbai sejak 2016.

Malah Nila sendiri pernah menetap di negara itu sehingga 2018 sebelum pulang ke Malaysia.

Nila

Pelbagai memori indah sepanjang berada di India.

Raya di India tak semeriah di negara sendiri

Bercakap mengenai sambutan Aidilfitri di India, Nila berkata, suasananya tidak sama seperti mana di negara sendiri termasuk tiada aktiviti ziarah-menziarah melainkan bersama rakyat Malaysia yang turut menetap di negara itu.

Bagaimanapun katanya, bagi menaikkan mood perayaan, dia bersama keluarga dan kenalan dari Malaysia yang lain akan berkumpul pada hari raya pertama dengan membuat rumah terbuka bagi mengeratkan silaturahim.

"Apa paling penting adalah saya dapat bersama keluarga di sana kerana sudah terlalu lama tak dapat menyambut hari raya bersama mereka.

"Tidak kira di mana kita berada, sambutan itu tetap akan meriah apabila keluarga berada di samping," jelasnya yang pernah menetap di Singapura, Sydney dan New Zealand.

fb27007b70dd0eb1

Negara India sangat kaya dengan rempah ratus dan terkenal dengan campuran rempah kari.

Berkongsi pengalaman berpuasa di negara asing, Nila memberitahu ia tidak banyak beza namun cuaca yang panas membuatkan puasanya lebih mencabar dan banyak menghadkan aktiviti di luar rumah.

Bagaimanapun katanya, dia bersyukur kerana bahan masakan cukup mudah didapati apatah lagi masakan India dan Melayu banyak menggunakan bahan sama seperti rempah ratus, santan dan sebagainya.

"Memandangkan bahan untuk memasak mudah dijumpai, jadi kami sekeluarga lebih banyak berbuka puasa di rumah berbanding di luar.

"Nak masak rendang untuk hari raya memang tiada masalah!," kata anak bongsu daripada empat adik-beradik ini.

WhatsApp Image 2022-04-28 at 6.45.35 PM

Nila sangat teliti dalam memilih kain sari untuk kepuasan hati pelanggannya di Malaysia.

Sempat buat bisnes kain sari

Meskipun sambutan Aidilfitri tidak semeriah di Malaysia, Nila memberitahu pengalaman berpuasa dan melakukan persediaan hari raya di India sangat menyeronokkan malah memberinya pengalaman baharu.

Di India juga kata Nila, dia mula berminat dengan kain sari yang disifatkan sangat unik malah akan rambang mata setiap kali singgah di butik menjual pakaian tradisional masyarakat India itu.

"Saya cukup suka dengan kain jenis sifon georgette kerana ia lebih sesuai untuk dibuat baju kurung. Jenis kain itu akan membuatkan ia nampak cantik dan terletak, paling penting selesa!

"Saya boleh jadi tak keruan kalau masuk ke butik menjual kain sari kerana terlalu banyak pilihan yang cantik malah harganya juga berpatutan," ujarnya.

WhatsApp Image 2022-05-01 at 1.08.32 AM

Nila sangat aktif berniaga di usianya yang muda.

Minatnya terhadap sari kata Nila, turut mendapat perhatian dalam kalangan rakan-rakan di Malaysia sehingga dia bertindak sebagai 'personal shopper' bagi yang inginkan kain sari berkualiti.

Katanya, semuanya bermula apabila pengikutnya di Tiktok menyukai sari yang digayakan ketika berada di India dan mula menerima pelbagai mesej tentang sari yang dipakai.

"Saya selalu buat video di TikTok yang menunjukkan aktiviti seharian di India selain berkongsi keadaan di sana dan tak sangka video saya itu ramai yang orang suka.

"Sari yang dipakai pun mendapat perhatian dan ramai yang komen dan menghantar mesej bertanya dan meminta saya buka tempahan," katanya yang turut mempunyai perniagaan bundle dan menjual pastri di Malaysia.

Bertahun-tahun berkelana di negara orang, Nila memberitahu dia gembira apabila mereka sekeluarga bakal kembali ke tanah air pada Ogos ini dan berharap dapat melakukan pelbagai aktiviti bersama keluarganya seperti pulang ke kampung, bercuti dan sebagainya.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain