suria

Perjuangan melawan penyakit takkan bernoktah, pengasas Megaklinik Zahran mahu harungi bersama masyarakat

Mohd Nafidz meraih gelaran Emerging CEO Of The Year daripada Global Business Leadership Award 2022.

KLINIK yang tiba-tiba popular di era pandemik Covid-19 dua tahun lalu, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) terus terbang tinggi.

Pada Khamis lalu, klinik itu menerusi pucuk pimpinannya, Datuk Mohd Nafidz Abdul Razak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) meraih gelaran Emerging CEO Of The Year daripada Global Business Leadership Award 2022 berlangsung di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur.

Anugerah terbaharu itu terus menjadi aspirasi buat Mohd Nafidz untuk memacu dan memimpin KMZ lebih dinamik lagi terutama dalam membantu masyarakat peka terhadap penjagaan kesihatan diri.

Bertapak sejak tahun 2013, cawangan klinik itu bercambah pesat dari satu cawangan ke cawangan lain. Hingga kini, sudah 24 cawangan dibuka menjelang 2022 yang berperanan sebagai ejen perantara kepada masyarakat.

Seterusnya ia dijangka genap menjadi 50 cawangan pada 2025 ini.

WhatsApp Image 2022-07-22 at 9.57.42 AM

Mohd Nafidz bergambar bersama pengurusan tertinggi KMZ.

"Selepas kita bergelut dan masih dihantui dengan Covid-19, dunia termasuk Malaysia sendiri didatangi dengan penularan virus penyakit lain pula termasuk Influenza, denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta demam viral serta macam-macam lagi.

"Justeru usaha kami untuk berjuang dan sama-sama melawan penyakit tidak terduga di samping masyarakat ini tidak akan pernah ternoktah. Kita hanya mampu berusaha dan memanjangkan ikhtiar semoga kesembuhan menyebelahi diri.

ARTIKEL BERKAITAN: 140 ahli keluarga bergelar doktor, 5 generasi sanggup belajar medik termasuk menantu! Senang nak buka hospital

ARTIKEL BERKAITAN: Pelajar Malaysia dapat markah tertinggi dalam bidang pesawat di universiti UK, mahu jadi penyiasat nahas dikenali dunia

"Kita saling memerlukan. Ibu bapa sendiri berjuang dengan anak yang sakit. Warga emas yang kurang upaya turut menagih perhatian keluarga. Kesemua golongan ini sentiasa menjadi sasaran utama kami yang ingin sentiasa dibantu," kata Mohd Nafidz.

Justeru dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluurh masyarakat, KMZ terus mengukuhkan program pelesenan dan kreativiti model perniagaan di dalam sektor kesihatan.

Saya percaya proses memberi semula kenikmatan diperolehi ini membawa keberkatan seperti mana kita berkongsi rezeki atau bersedekah.

DATUK MOHD NAFIDZ ABDUL RAZAK

PENGASAS MEGAKLINIK ZAHRAN

"Impian saya dan seluruh warga kerja mahu menjadikan KMZ sebagai platform 'bantu masyarakat' di samping mendidik kepimpinan dan keusahawanan kepada semua barisan usahawan pelesenan kamu.

"Kami mahu terus berbakti dengan menjadi agen kesihatan yang menyediakan platform perkhidmatan kelas pertama di mana-mana bagi kemudahan pesakit.

"Kami mahu bantu memudahkan masyarakat dengan perkhidmatan saringan pandu lalu 24 jam, klinik mobil ke lokasi untuk pesakit yang tak boleh keluar rumah. Walaupun tak mudah untuk mengadakan servis ini, namun ia tetap diusahakan untuk diadakan setiap hari termasuk hujung minggu dan juga cuti awam," katanya.

Mohd Nafidz menambah, semua cawangan KMZ turut beroperasi pada sambutan Hari Raya Aidiladha lalu serta cuti perayaan lain.

"Dedikasi dan pengorbanan warga kerja KMZ amat saya hargai dalam terus membela nyawa serta tahap kesihatan masyarakat.

Pix 3

Mohd Nafidz juga aktif melakukan aktiviti kemasyarakatan.

"Saya sendiri sangat optimis dengan kewujudan lebih banyak cawangan di serata semenanjung Malaysia dan pasukan yang kini mencapai bilangan anggota lebih 400 orang.

"Tentunya semua itu akan menjadi aset utama kepada perjuangan saya sekali gus memberikan yang terbaik buat masyarakat dan negara," katanya.

Mohd Nafidz juga berharap impian dan cita-cita menterjemahkan KMZ atas paksi amal dan kemanusiaan juga dapat direalisasikan kelak.

"Besar harapan saya untuk membuka klinik percuma kepada golongan miskin dan asnaf suatu hari nanti. Ini juga cara kami memberi semula kenikmatan diperoleh kepada mereka yang tidak bernasib baik.

"Saya percaya proses memberi semula kenikmatan diperolehi ini membawa keberkatan seperti mana kita berkongsi rezeki atau bersedekah. Moga impian ini akan lekas jadi kenyataan," katanya.

WhatsApp Image 2022-07-21 at 11.31.39 PM

Mohd Nafidz juga berharap impian dan cita-cita menterjemahkan KMZ atas paksi amal dan kemanusiaan juga dapat direalisasikan kelak.

Terdahulu, sekitar Februari lalu, KMZ meraih kejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award’ kategori Healthcare Integrated Private Clinic 2022.

Kejayaan demi kejayaan diperolehi menjadi penanda aras baru dalam iltizam dan perjuangan sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia

Disifatkan antara jenama 'penting' di era pandemik lalu, pembabitan golongan terkenal termasuk artis menjadi medium pengaruh serta promosi terbesar selain rezeki mudah buat jenama itu pantas dikenali dan menjadi sebutan.

KMZ yang beribu pejabat di Bandar Baru Bangi Selangor turut diuruskan isteri, Datin Ummul Khairiyah Abdul Rahman atau mesra dengan nama Kak Long di posisi Ketua Pemasaran dan Pengkomersilan jenama itu

juga dilihat antara 'ejen' penting KMZ yang kerap berkongsi kesedaran, input dan info terutama mengenai Covid-19.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain