SEJAK Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan (PKP) dilaksanakan, pelbagai aktiviti dilakukan bersama si bulus memandangkan kita semua perlu berada di rumah sepanjang masa. Bagi haiwan peliharaan pula, mungkin berasa ‘pelik’ kerana dari pagi hingga ke malam dapat melihat wajah tuannya berbanding sebelum ini yang mungkin hanya pada waktu malam sahaja dek kesibukan kerja. Pengarah Operasi, Pet Lovers Centre (PLC) Bryan Boo berkata, kajian menunjukkan bahawa hanya dengan memelihara haiwan peliharaan boleh membantu kesihatan mental seseorang dan dapat meningkatkan hormon yang menenangkan seperti serotin dan dopamine. ARTIKEL BERKAITAN: Koronavirus pada binatang 99.98 peratus bukan Covid-19 - Veterinar Dalam pada itu, Bryan turut berkongsi tip-tip penjagaan haiwan peliharaan sepanjang tempoh PKP ini. 1. Luangkan lebih banyak masa dengan si bulus Kucing lebih aktif dan sihat jika anda selalu bermain dengan mereka. Sama ada melalui permainan, mengajar trik baharu untuk haiwan kesayangan anda atau mengupahnya dengan makanan ringan kegemaran, ia adalah satu penghargaan kepada sikap ‘behave’ mereka. Waktu bermain juga membolehkan pemilik membuat beberapa latihan sendiri yang seterusnya akan meningkatkan mood mereka. Cara lain untuk merapatkan hubungan anda dengan haiwan peliharaan adalah dengan mendandan si bulus seperti mandi, sikat bulu, potong kuku dan sebagainya. “Di PLC kami ada menyediakan beberapa barang dandanan untuk dilakukan sendiri yang boleh memberi keselesaan kepada haiwan kesayangan anda.” 2. Mengenal kebiasaan mereka Haiwan peliharaan juga seperti manusia, mereka mempunyai kebiasaan dan keperibadian unik dengan cara mereka sendiri. Contohnya adakah anjing anda suka mentega kacang? Adakah kucing anda suka apabila bahagian belakang telinga digaru? Anda boleh mengenali lebih dekat haiwan peliharaan apabila banyak masa diluangkan bersama. "Adalah penting bagi kita mengambil masa ini untuk memberi perhatian khusus kepada kebiasaan mereka dan belajar bagaimana untuk memenuhi apa yang disukai dan tidak disukai mereka dengan lebih baik. Pemilik dapat melihat apa yang disukai haiwan kesayangan mereka melalui makanan, mainan atau sudut rumah yang selalu mereka ‘lepak’. 3. Upah dengan makanan kegemaran Menurut kajian, haiwan peliharaan boleh memberi ketenangan kepada tuannya. Anak-anak bulus anda layak mendapatkan yang terbaik untuk berada di sisi anda sepanjang masa dan anda harus membalas 'budi' dengan memberikan mereka dengan jenis makanan terbaik. Paling penting anda perlu tahu kandungan setiap makanan mereka sama ada untuk anjing atau kucing. Kemungkinan haiwan peliharaan anda alergi dengan kandungan makanan mereka. Dalam masa sama anda juga perlu mengawal keseimbangan makanan bagi mengelakkan berat badan mereka naik. 4. Kongsi gambar di media sosial Merakam gambar dan berkongsi di media sosial dapat menunjukkan bahawa kita sangat menghargai mereka dalam keluarga sendiri. Kajian menunjukkan bahawa melalui kekuatan video dan gambar yang comel, dapat membantu mengurangkan tekanan daripada bekerja dari jauh. Ia juga mampu berkongsi kegembiraan kita dengan orang lain apabila melihat gambar-gambar haiwan peliharaan kita. 5. Utamakan kesihatan haiwan peliharaan Anda boleh memandikan atau 'grooming' haiwan peliharaan sendiri di rumah. Penting untuk menjaga kesihatan haiwan peliharaan kita. Untuk memastikannya mudah dan selamat untuk haiwan kesayangan anda, PLC menyediakan farmasi haiwan peliharaan yang merangkumi rawatan, makanan tambahan, syampu perubatan dan lain-lain. Kesihatan haiwan kesayangan sangat penting,. “Kami percaya bahawa haiwan peliharaan yang sihat akan memberi ketenangan bagi pemiliknya. “Membantu haiwan peliharaan kita untuk menjaga kebersihan adalah salah satu cara yang dapat dilakukan oleh pemiliknya.”