SEMENJAK Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan bermula 18 Mac lalu, ramai daripada kita yang mati kutu kerana pelbagai aktiviti tidak dapat dilakukan dengan bebas termasuklah bersenam. Tapi rupa-rupanya, ada beberapa kerja rumah yang anda lakukan sebenarnya mempunyai kesan sama seperti anda bersenam!ARTIKEL BERKAITAN: Hikmah di sebalik Covid-19... lebih 300,000 perokok tambah yakin selepas berhenti merokok! Jika ada yang masih belum cuba, apa kata mulakan sekarang kerana ia bukan sahaja boleh menghilangkan bosan tetapi membuatkan tubuh kita lebih segar dan bertenaga. 1. Mencuci pakaian Mencuci pakaian tanpa menggunakan mesin basuh boleh membantu kita melatih seluruh anggota badan. Bayangkan berapa banyak kalori anda telah bakar setiap kali menyental, memberus dan memerah pakaian yang dibasuh. Mengangkat baldi yang berat boleh menguatkan otot-otot tangan manakala memberus pakaian adalah latihan baik untuk lengan anda. Menurut kajian, mencuci pakaian selama sejam boleh membantu anda membakar 116 kalori. Apa tunggu lagi? 2. Menyapu lantai Siapa sangka, menyapu lantai boleh membantu membakar sekitar 80 hingga 100 kalori dalam masa setengah jam! Tak cukup itu, ia mampu meningkatkan metabolisme dan memperkuatkan otot anda. 3. Mengemop lantai Mengemop lantai selama sejam boleh membantu anda membakar sekitar 170 hingga 238 kalori. Bukan sahaja lantai rumah anda berkilat tapi paha, otot punggung, pergelangan kaki dan betis anda akan menjadi lebih kuat. 4. Mengemas rumah Ramai daripada kita mengemas rumah seminggu sekali kerana merasakan ia perkara meremehkan! Tapi aktiviti itu sebenarnya mampu membuatkan anda bersenam! Mana tidaknya, mengangkat benda berat, mengelap habuk, mengemop lantai - itu semua memerlukan tenaga dan bukan perkara mudah. Sudah tentu ia sekali gus memberi manfaaat kepada tubuh badan agar berpeluh. 5. Berkebun Jika ada laman di luar rumah, apa kata anda berkebun. Ia bukan sekadar membantu anda bersenam tetapi ia boleh menyeimbangkan kesihatan mental anda. Journal of Health Physiology ada membuat kajian yang mengatakan berkebun adalah terapi yang membantu kesihatan mental dan menghilangkan tekanan. Jadi apa lagi? Ayuh mula berkebun, hasilnya nanti boleh dinikmati seisi keluarga. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!