suria

Hikmah di sebalik Covid-19... lebih 300,000 perokok tambah yakin selepas berhenti merokok!

Ramai yang mengambil keputusan berhenti merokok sepanjang penularan Covid-19.

KITA sedia maklum bahawa merokok membahayakan kesihatan, lebih-lebih lagi ia mempunyai kaitan dengan saluran pernafasan.

Sejak penularan virus Covid-19, ramai mengambil langkah untuk berhenti merokok.

Satu kajian yang dibuat di Britain mendapati seramai 300,000 orang berjaya berhenti merokok sejak wabak ini menular di seluruh dunia.

ARTIKEL BERKAITAN: Heboh kentut boleh sebarkan virus Covid-19! Jangan panik... fahami penjelasan doktor ini

Malahan, lebih setengah juta orang sudah mula mengurangkan rokok dan yakin dapat terus berhenti dalam tempoh penularan wabak ini.

Kajian yang dilakukan oleh 28 pakar sains dari University College London mendapati jumlah perokok dalam kalangan pesakit yang berada hospital adalah 'lebih rendah daripada yang dijangkakan'.



Merokok membahayakan kesihatan
.

Turut menjalankan ujian mengenai perokok ini termasuk 22 kajian yang dijalankan di China, tiga di Amerika Syarikat serta masing-masing satu di Korea Selatan, Perancis dan juga di United Kingdon.

Malah kajian juga mendapati jumlah pesakit yang berada di hospital kebanyakannya bukan perokok.



Kajian yang dilakukan di Britain berkaitan perokok sepanjang penularan wabak Covid-19.

Para saintis juga tidak dapat menjelaskan mengapa perokok mungkin mempunyai risiko lebih rendah dimasukkan ke hospital disebabkan Covid-19 dan menganggapnya ia sesuatu yang ‘pelik’.

Pasukan penyelidik mengakui kaitan antara merokok dan pesakit koronavirus mungkin tidak sempurna kerana maklumat yang tidak lengkap tentang gaya hidup seseorang, misalnya, hospital mungkin tidak merekodkan status merokok pesakit dengan tepat.



Lebih 300,000 orang di Britain mengambil keputusan berhenti merokok berikutan bimbang dengan jangkitan Covid-19.

Namun, bukti itu juga menunjukkan perokok yang dijangkiti Covid-19 dan dimasukkan ke hospital kemudian akan cenderung mengalami gejala yang paling teruk dan memerlukan bantuan alat pernafasan.

Bagaimanapun, mengambil langkah berhenti merokok tetap menjadi langkah penting untuk kebaikan kesihatan. -Dailymail

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain