INSPIRASI memberi nama anak yang baharu lahir boleh datang daripada pelbagai sumber termasuklah penularan virus Covid-19 yang berleluasa ketika ini. Perkataan seperti coronavirus, covid, lockdown, ventilator, PPE, dan quarantine yang kita dengar setiap hari membuatkan sepasang suami isteri di Filipina memberi nama sedemikian kepada anak mereka. Colline Tabesa dan John Tupas menyambut kelahiran bayi sulung mereka pada 13 April lalu dan memberikan nama Covid Marie. ARTIKEL BERKAITAN: Bayangkan... buka pintu, angkasawan negara hantar makanan anda! - Dr Sheikh Muszaphar seronok jadi rider semula "Covid-19 telah menyebabkan penderitaan di seluruh dunia! Tapi saya ingin ingat peristiwa ini yang bukan sahaja buat kita menderita tetapi ada bahagia dan rahmat di sebaliknya. "Atas sebab itu saya beri nama anak saya Covid Marie," katanya kepada AFP. Colline Tabesa dan John Tupas bersama anak mereka, Covid Marie. Dalam pada itu, John tidak menafikan anaknya bakal menjadi mangsa buli suatu hari nanti namun dia akan memastikan anak perempuannya itu dididik dengan baik agar menjadi orang berguna. "Saya tak fikir dua kali apabila memberi nama itu kepadanya meskipun sedar Covid mungkin akan dibuli apabila besar nanti. Paling penting saya akan mendidik anak saya menjadi orang baik," katanya. Sementara itu, seorang ibu di sebelah tenggara India juga membuat keputusan sama apabila menamakan bayi kembarnya, Corona Kumar dan Corona Kumari selepas doktor yang menyambut kelahiran anak-anaknya memberi cadangan itu. "Saya cakap, suatu hari nanti anak-anaknya dapat membantu mencipta kesedaran tentang penyakit koronavirus sekaligus menghapuskan stigma masyarakat," kata Dr S.F. Basha. Manakala seorang pekerja buruh di Rajasthan juga di negara sama memberi nama Lockdown kepada anaknya bagi memperingati pandemik ini. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mstar!