suria

Jangan stres kaca mata berkabus pakai topeng muka, Ini 4 cara mengatasinya

Kabus pada cermin mata ketika memakai topeng muka boleh menyebabkan rasa tidak selesa.

INDIVIDU yang memakai cermin mata pasti pernah mengalami masalah ia berkabus apabila memakai topeng muka sebagai langkah mengelak penularan wabak Covid-19 ketika ini.

Ia bukan sahaja membuatkan pandangan kabur malah cukup tidak selesa dan terpaksa membuka cermin mata dan mengelap wap berulang kali.

Perkara itu sebenarnya terjadi apabila terdapat udara panas yang dihembuskan daripada hidung akan naik ke bahagian atas dan dibebaskan melalui celah topeng muka.

ARTIKEL BERKAITAN: Siapa kata buat kerja rumah tak boleh kurus? Ini 5 aktiviti setanding bersenam

Proses itu menyebabkan udara dingin pada lensa kaca mata yang terkena udara panas itu menjadi kabus.

Jangan bimbang, ada beberapa langkah yang boleh dilakukan bagi mengekang masalah itu.



Terdapat pelbagai cara boleh dilakukan untuk mengelakkan cermin mata berkabus.

1. Celup cermin mata anda dalam syampu bayi atau air sabun

Sebelum memakai topeng muka, celup cermin mata anda dalam syampu bayi atau air sabun. Jangan bilas dengan air bersih.

Biarkan cerminnya kering sendiri sebelum memakainya. Cara ini sangat membantu kerana sabun mengurangkan tegangan pada permukaan sehingga menyebabkan molekul air (wap air dari nafas) tidak melekat pada permukaan itu.

2. Letak tisu dalam topeng muka

Tip ini paling mudah tetapi ia perlu dilakukan dengan betul bagi membolehkan ia berfungsi dengan baik. Lipat tisu bentuk horizontal dan letakkan di antara wajah (hidung) dan bahagian atas topeng wajah.

Tisu dapat membantu menyerap kelembapan yang dihasilkan oleh nafas kita sebelum menyentuh kaca mata.

3. Ubah cara ikat topeng wajah

Jika anda menggunakan topeng wajah yang diikat di belakang kepala, cuba ubah cara mengikatnya. Jika sebelum ini anda mengikat bahagian atas tepat di atas telinga, cuba mengikatnya ke bawah.

Manakala tali bawah pula disilangkan menjadi X. Cara ini dapat membuatkan udara yang dihembus lebih cepat dibebaskan daripada topeng wajah.

4. Tukar lensa kepada anti-kabus

Jika semua cara itu tidak memberi kesan - mungkin sudah tiba masanya anda menukar cermin mata baharu dengan lensa anti kabus seperti mana digunakan oleh perenang.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain