suria

Nak raya ni ramai rajin bertukang... Jangan panik kalau terkena 'super glue', ada 4 cara mudah menanggalkannya

Super glue yang melekat pada jari boleh jadi menyakitkan.

SUPER glue adalah antara jenis gam memiliki keupayaan melekat yang cukup kuat. Jadi tidak hairan ia digunakan untuk aktiviti berat melibatkan proses pada kayu, logam, plastik dan sebagainya.

Awas ketika menggunakan gam jenis ini - jika terkena tangan tanpa sengaja ia sukar ditanggalkan dan jika tersalah langkah boleh membuatkan kulit rasa terbakar dan luka.

Ketika ini, memang ramai rajin bertukang almaklumlah nak sambut raya hinggakan tidak berhati-hati ketika menggunakan super glue.

Tapi jangan bimbang, ada beberapa helah yang boleh digunakan untuk menghilangkan super glue di tangan;

1. Air sabun bersama air panas

Jika jari anda terkena gam ini, jangan panik sebaliknya cuba rendam tangan anda ke dalam air sabun yang hangat selama 10 minit.

Secara perlahan-lahan ia akan mencairkan gam di tangan anda. Kaedah ini sangat efektif terutamanya jika gam belum kering sepenuhnya.

2. Air lemon

Jika usaha rendam tangan dalam air sabun tak berjaya, cuba pula rendam tangan anda dalam air perahan lemon. Asid yang terdapat padanya mampu mengurangkan daya lekat gam dan lebih mudah tertanggal jika ia melekat.

3. Minyak atau mentega

Caranya mudah - rendam tangan anda terlebih dahulu dalam air suam sebelum menyapu minyak atau mentega pada bahagian yang melekat. Ulang proses itu sehingga gam terpisah daripada bahagian yang melekat.

4. Penghilang pengilat kuku

Penghilang pengilat kuku bukan sahaja boleh bersihkan warna kuku tapi dapat menanggalkan super glue yang melekat pada jari atau kulit anda.

Tapi, tak boleh sembarangan menggunakannya dan ia perlu dibuat berhati-hati agar tidak melukakan kulit anda.

Caranya mudah, hanya titiskan cecair penghilang pengilat kuku pada bahagian terkesan dan biar seketika sebelum ia tertanggal.

Sebaik-baiknya pakai sarung tangan ketika menggunakan super glue bagi mengelakkan ia terkena pada kulit. Penting juga untuk memakai cermin mata, mana tahu, gam itu terpercik ke mata anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain