suria

Tak balik kampung bukan bererti raya tak meriah! Ini 5 cara elak diri berendam air mata di pagi Syawal

Hari raya tahun ini mungkin berbeza tetapi percayalah ia untuk kebaikan kita semua. - Gambar sekadar hiasan

MENJELANG Aidilfitri tidak lama lagi pasti ramai daripada kita yang mula berasa sayu dan sedih memandangkan tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk bersama keluarga.

Apatah lagi yang golongan bujang yang tinggal seorang diri di kota besar seperti Kuala Lumpur, pasti ia cukup memberi kesan mendalam pada hari raya kali ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kebiasaan baharu Aidilfitri... jika sukar patuh SOP elak terima tetamu - "Kita tak pasti di mana musuh paling senyap itu berada"

Bagaimana kita hendak merayakan Syawal pada tahun ini sebenarnya terpulang kepada diri kita kerana bersedih pun tidak dapat membawa kita pulang ke kampung halaman.

Sebaik-baiknya, kita cuba ceriakan diri sendiri pada pagi raya nanti agar kedatangan hari kemenangan selepas sebulan berpuasa dapat kita syukuri dan nikmati.

mStar menyenaraikan lima perkara yang boleh anda lakukan bagi memastikan kedatangan hari raya tetap meriah meskipun berjauhan dengan keluarga tercinta.

1. Bergaya sakan

Hari raya adalah tentang meraikan kemenangan kita berpuasa sebulan, jadi tiada alasan untuk bermuram di pagi raya hanya semata-mata rindukan kampung halaman!

Bagi meningkatkan mood raya anda, bersiaplah cantik-cantik seperti mana kebiasaan sebelum ini bagi membolehkan kita melupakan rasa sedih tidak dapat bersama keluarga.

Apabila berpakaian cantik, sudah tentu mood kita juga akan jadi lebih baik.

2. Juadah raya!

Tanpa lemang dan rendang apalah ertinya hari raya! Jika tidak pandai masak, jangan bimbang. Ketika ini, terlalu banyak peniaga yang menawarkan perkhidmatan menjual pelbagai hidangan Aidilfitri. Hanya perlu pilih dan pesan sahaja.

Masih belum terlambat untuk membuat pesanan makanan kegemaran anda. Jika ingin merasai kemeriahan dan suasana menyambut Aidilfitri, apa kata cabar diri anda menyediakan sendiri juadah kegemaran anda.

Tak tahu nak masak apa? Boleh rujuk di ruangan Selera mStar yang ada menyenaraikan lima resepi menu Aidilfitri yang cukup mudah disediakan.

Kalau nak buat tempahan makanan, boleh ke MyBeli. Mudah bukan?

3. Jangan dengar lagu raya sedih

Tukar playlist lagu raya anda kepada seleksi lagu-lagu menyeronokkan dan menggembirakan. Jangan pula dengar lagu-lagu sedih yang mengingatkan anda kepada kampung halaman seperti 'Balik Kampung'.

4. Panggilan video

Kita beruntung kerana hidup dalam zaman dengan teknologi canggih yang memudahkan kita berhubung dengan orang tersayang.

Meskipun tidak dapat bersua muka, ambil peluang pagi raya untuk membuat panggilan video kepada ibu bapa serta keluarga untuk bermaaf-maafan dan bertanya khabar.

Jika ada aplikasi seperti Sype, Zoom atau Hangouts bolehlah membuat panggilan video berkumpulan. Dengan cara ini Aidilfitri kita semua tidak terasa kosong.

5. Sapa jiran tetangga

Kita mungkin tidak digalakkan untuk menziarahi keluarga dan rakan terdekat hari raya ini, tetapi tidak salah sekiranya menyapa jiran tetangga dan mengucapkan selamat hari raya.

Tapi pastikan jaga jarak dan memakai topeng penutup wajah bagi melindungi diri sendiri dan orang lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Aidilfitir, Syawal, Covid-19, PKP, Lemang, Rendang

Artikel Lain