MELAKUKAN sentuhan fizikal dengan pasangan seperti berpelukan merupakan salah satu ungakapan cinta terhadap suami atau isteri. Tetapi sebenarnya sentuhan di antara suami isteri itu memberi banyak manfaat kepada kesihatan kita. Apa manfaatnya?ARTIKEL BERKAITAN: Makin canggih... Mampu kesan 'tetamu tak diundang', muat turun Zoom versi 5.0 atau disekat 1. Mengurangkan tekanan Kajian yang dilakukan oleh Universiti California terhadap 20 pasangan mendapati, sentuhan mampu menurunkan tahap tekanan seseorang Dalam kajian itu, peserta wanita menjalani imbasan otak sementara pasangan mereka diberikan kejutan elektrik dan mereka yang saling memegang tangan pasangan ketika mengalami rasa sakit memiliki aras aktiviti lebih tinggi di ventral striatum. Ventrial stratium merupakan bahagian otak yang berkait dengan perilaku wanita dan dalam kajian itu mereka mengalami penurunan aktiviti di otak berkaitan tekanan. Memeluk dan memegang tangan pasangan boleh menjaga kesihatan jantung. 2. Melindungi serangan penyakit Kajian yang diterbitkan dalam jurnal Psychological Sciene menunjukkan kaji selidik terhadap 404 peserta dewasa hasil temubual menerusi telefon selama 14 malam berturut-turut. Selain itu mereka didedahkan kepada virus selesema dan dikuarantin untuk menilai tahap kesihatan mereka. Pelukan bersama pasangan ketika dikuarantin mendapati peserta pulih lebih cepat. 3. Meningkatkan kesihatan jantung Pengkaji di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat juga mendapati pelukan dapat meningkatkan kesihatan jantung. Ia kerana tekanan darah akan menurun ketika berpelukan atau memegang tangan. Selain itu, pelukan juga dapat meningkatkan kekebalan imun tubuh. Gabungan faktor ini berpotensi untuk membuatkan kualiti kesihatan seseorang lebih baik. Tapi macam mana nak dapat manfaat daripada berpelukan? Menurut pakar terapi keluarga Virginia Satir, manusia memerlukan sekurang-kurangnya empat pelukan setiap hari untuk meningkatkan kualiti hidup. Katanya, semakin banyak berpeluk, akan semakin baik keadaan emosi dan fizikal kita. Sudah tentu, ia harus digabungkan dengan faktor-faktor lain seperti pola pemakanan dan senaman kerap. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!