BILA agaknya kali terakhir anda menggunakan pen untuk menulis surat atau mencatat diari? Rasanya pasti sudah agak lama kerana dengan kecanggihan teknologi hari ini kita pasti lebih suka menggunakan komputer riba atau telefon pintar untuk menaip status di laman sosial. Tapi sedarkah kita bahawa menulis menggunakan tangan itu sebenarnya jauh lebih baik? Pakar analisis tulisan tangan, Deborah Dewi menjelaskan, ia mampu meningkatkan kognitif tangan dan jari seseorang.ARTIKEL BERKAITAN: Nak umur panjang? Peluk pasangan anda dan rasai nikmatnya! "Ada perbezaan yang sangat ketara menulis dan menaip, ia bukan sahaja meningkatkan kognitif tangan dan jari tetapi mengasah otak agar lebih peka dan tajam," katanya. Menulis dengan tangan membolehkan daya ingatan kita meningkat. Dalam pada itu, Deborah memberitahu seseorang yang menulis menggunakan tangan juga memiliki memori otak yang lebih baik. Ini kerana ia akan menggerakkan tangan dan lengan seseorang. Ia nampak seperti remeh tetapi gerakan ini akan membuatkan stimulasi otak bertambah. Tidak hanya itu, Deborah berkata, ketika pemikiran seseorang berasa buntu atau kosong, menulis menggunakan tangan di atas kertas dapat membantu mewujudkan rasa tenang. Malah cara itu juga memudahkan seseorang mengingati apa ditulis dengan lebih baik. "Oleh sebab itu, kembalikan budaya menulis menggunakan pen dan kertas. Ia bukan sahaja bersifat nostalgia tetapi turut membantu cara kita berfikir," ujarnya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!