MEMBINA sebuah hubungan untuk tempoh jangka panjang bukan suatu proses yang mudah kerana dalam 'perjalanan' itu pasti akan wujud halangan dan rintangan. Ini termasuklah tiada lagi rasa cinta terhadap pasangan yang pada akhirnya akan membawa pelbagai masalah lain. Apabila situasi itu terjadi, pasti ada di antara kita akan tertanya-tanya adakah benar kita cintakan si dia? Dalam soal hati dan perasaan, berbohong kepada diri sendiri akan memusnahkan sesuatu hubungan.ARTIKEL BERKAITAN : Bila kali terakhir anda menulis? Jangan terkejut... berbanding teknologi, cara kuno ini mampu bantu cerdaskan otak! Ada beberapa petanda sebenarnya bahawa anda mungkin tidak mencintai pasangan dengan sepenuhnya dan barangkali masih bersamanya hanya kerana berasa tanggungjawab dan simpati. Cinta di antara pasangan boleh pudar dalam sekelip mata. 1. Ungkapan 'Aku Cinta Padamu' tiada makna Mengucapkan kata-kata cinta adalah perkara normal selain membuktikan rasa kasih kita pada pasangan. Namun apabila kata-kata keramat itu kedengaran asing atau langsung tidak menjentik perasaan anda - ia adalah singal buruk. 2. Masih berharap kehadiran yang lebih baik Jika anda masih ada perasaan akan bertemu dengan individu lebih baik, anda perlu kaji kembali hubungan sedia ada. Ini bukan sahaja bererti perasaan terhadap si dia sudah pudar, tetapi anda sebenarnya tidak melihat masa depan bersamanya. 3. Tidak berfikir mengenai si dia Pada tahap ini, semua hal penting dalam hubungan mungkin sudah tidak menjadi kepentingan kepada anda - malah langsung tidak mengingati tarikh perkahwinan, hari jadi dan sebagainya. Isunya, bukan tidak ingat, tetapi anda mula merasakan tidak penting kerana pasangan bukan lagi keutamaan anda. 4. Enggan bercakap tentang masalah Jika anda selalu cuba menghindari konflik atau berhadapan dengan sesuatu masalah hubungan anda, ini juga menunjukkan anda tidak lagi peduli tentang apa yang bakal berlaku dalam hubungan anda. Ini kerana anda merasakan pasangan tidak lagi penting dalam kehidupan anda. Hubungan bukan sekadar berlandaskan cinta. 5. Bertengkar perkara kecil Kalau dah tak suka, perkara kecil pun boleh jadi bergaduh! Sekiranya ini sering berlaku, anda sebenarnya cuba memicu kemarahan pasangan dan berharap ia menjadi punca kepada perpisahan. 6. Fokus pada kekurangan, bukan kelebihan Kamu akan mula melihat kekurangan pasangan sebagai alasan untuk terus membencinya berbanding melihat kelebihan yang membuatkan kamu cinta padanya. Ini adalah tanda jelas cinta di hati sudah pudar. 7. Cerita perihal buruk pasangan kepada orang lain Kisah peribadi dalam rumah tangga sepatutnya menjadi rahsia tetapi jika anda mula bercerita mengenainya kepada orang lain itu mungkin menandakan anda sudah tidak peduli. Cara ini juga sebenarnya dilakukan bagi meraih simpati dan sokongan agar sekiranya apa-apa berlaku anda masih mendapat sokongan keluarga atau rakan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!