suria

Sepi itu bukan hanya menyendiri... Kenali 5 tanda anda sebenarnya kesepian!

Ramai sebenarnya tidak sedar mereka kesepian dan ia bukan hanya bermaksud duduk seorang diri tanpa teman di sekeliling mereka.

TIADA siapa pun yang suka dengan perasaan sepi dan bagi sesetangah orang perkara itu adalah sesuatu yang sukar untuk dihadapi terutamanya dalam situasi sekarang.

Bagaimanapun ramai sebenarnya tidak sedar mereka kesepian dan ia bukan hanya bermaksud duduk seorang diri tanpa teman di sekeliling mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke anda mencintai si dia? Ini 7 tanda tiada lagi perasaan sayang padanya

Terdapat pelbagai cara untuk mengenal pasti sama ada anda tergolong dalam kalangan orang yang sepi, termasuklah;

1. Gemar 'stalking'

Bagi yang berasa kesepian selepas ditinggalkan kekasih, jika anda sering mengintip laman sosial si dia dan cuba sedaya upaya menjejak siapa kekasih baharunya mungkin anda sedang berada dalam kesepian dan masih belum menerima hakikat bahawa apa yang anda miliki sebelum ini sudah menjadi sejarah.

Cepatlah sedar sebelum terlewat kerana tabiat ini boleh memakan diri sendiri.

2. Mengasingkan diri

Kita sering merasakan kesedihan yang dialami membuatkan kita berasa sepi tapi tanpa disedari diri kita sendiri yang menyebabkan hal itu berlaku.

Ini termasuklah kita mula gemar mengasingkan diri daripada rakan-rakan dan keluarga selain tidak banyak bercakap dengan orang lain.

Ia mungkin tindakan biasa apabila kita berasa sedih tetapi harus diingat, tindakan itu hanya akan menimbulkan masalah lain.

3. Kesempurnaan

Sikap kesempurnaan atau perfectionist sering berlaku kepada orang yang sedang dilanda kesepian, ia merbahaya kerana ia mampu mempengaruhi dan meracuni pemikiran kita terhadap orang lain.

Ia akan membuatkan kita memandang semua hal sebagai negatif dan diri tidak akan berasa puas selain selalu menginginkan lebih daripada apa yang sudah kita miliki - dan sebetulnya ia sindrom kesepian.

4. Mengkritik diri sendiri

Faktor yang satu ini memang sukar dikawal dan ia menjadi faktor kesepian dan rasa kosong dalam diri itu bertambah menebal.

Seperti mana kita mengkritik orang lain, diri sendiri juga tidak terlepas kerana ia adalah salah satu cara 'mengisi' kesepian.

5. Perlukan perhatian

Tanpa disedari dalam kita berasa sepi, kita juga mahukan perhatian daripada orang disekeliling kita - sekalipun secara maya!

Tabiat itu sebenarnya hanya untuk memuaskan hati sendiri sebagai penafian bahawa diri kita berada dalam keadaan baik dan masih mampu berkomunikasi dengan orang lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Kesepian, Emosi, Menyendiri, Famili,

Artikel Lain