suria

Buka pintu dan hidupkan enjin! Wow ciri terbaharu iPhone mampu ganti kunci BMW

BMW akan dilengkapi dengan kunci digital yang berfungsi dengan iOS terbaharu Apple.

KERETA mewah buatan Jerman iaitu BMW akan dilengkapi dengan kunci digital yang berfungsi dengan iOS terbaharu Apple.

Ini bererti, dengan hanya berbekalkan iPhone, pemandu BMW dapat mengunci, membuka dan menghidupkan enjin kenderaan mereka secara elektronik.

ARTIKEL BERKAITAN: Kenali durian paduka... Pernah dinobatkan raja buah terbaik di Perak!

Kunci digital BMW untuk iPhone ini juga membolehkan pemilik membuka atau mengunci kereta mereka dari jarak jauh. Tak cukup dengan itu, mereka boleh berkongsi kunci mereka dengan lima orang yang lain.

Matlamat inovasi ini adalah untuk menggantikan kunci kereta tradisional menggunakan iPhone namun masih mengekalkan keselamatan.

Untuk mengaktifkan kunci digital mereka, pemandu hanya perlu mengakses aplikasi BMW Connected dan memilih model kenderaan mereka.



Kolaborasi iPhone dan BMW ini sebagai perintis masa hadapan.

Sekiranya ia padan, prosedur konfigurasi dapat dimulakan dengan serta merta serta maklumat disimpan selamat dalam Apple Wallet iPhone.

Cara penggunaannya juga mudah dengan menghalakan bahagian bawah iPhone yang dikonfigurasikan ke arah kenderaan pada jarak kurang dari empat sentimeter dari pemegang pintu.

Tidak hanya berfungsi sebagai kunci digital, ia juga didatangkan dengan tetapan menghadkan prestasi enjin dan mengawal kestabilan dinamik dan sistem keselamatan.

Hampir kesemua kenderaan yang dihasilkan oleh BMW bermula Julai 2020 akan dilengkapi dengan sistem terbaharu ini termasuklah siri 1,2, 3,4, 5,6, 8, X5, X6, X7, M5 dan M8.

Bagaimanapun, hanya iPhone XR, XS atau yang lebih baharu boleh diselaraskan dengan kunci digital ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

BMW, iPhone, iOS, teknologi, kunci kereta

Artikel Lain