suria

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

Memasak dirumah bukan perkara sukar sekiranya ada teknik dan penggunaan peralatan yang betul.

RAMAI individu bekerjaya sudah mula terbiasa tidak keluar rumah sejak penularan wabak Covid-19 yang menjadi sejarah seantero dunia.

Seperti seorang pejuang, kita dapat menyesuaikan diri bekerja dari rumah serta melakukan yang terbaik dalam situasi tidak menentu ini.

Tapi sebenarnya bekerja dari rumah turut hadir dengan pelbagai cabaran yang kebanyakannya berkaitan dengan komitmen kerja, selain perlu memikirkan masa sesuai untuk melakukan hal lain termasuk menyediakan hidangan dengan cepat tetapi berkhasiat.

Manakala individu bujang dan lebih mengutamakan mementingkan, tentu sekali menjadi perkara biasa untuk tidak memasak hidangan lengkap di rumah.

Paling mudah, buat pesanan dalam talian atau ada harinya, mi segera menjadi pilihan apabila restoran mamak kegemaran ditutup. Kami faham dan mendengar masalah anda!



Kesibukan dengan tugasan pejabat ketika dirumah bukan alasan untuk tidak memasak.

Dengan rumah anda yang kini turut menjadi pejabat, tentu sekali anda mahukah penyelesaian yang cepat dan mudah ketika menyediakan makanan dan masih boleh memberi tumpuan kepada kerja dan panggilan sidang video.

Sebenarnya tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Meningkatkan kemahiran memasak di rumah adalah semudah memilih alatan yang betul untuk digunakan. Itu titik permulaan paling penting - memiliki peralatan dan kemudahan sesuai dengan keperluan anda!



Titik permulaan paling penting adalah memiliki peralatan dan kemudahan untuk menyediakan hidangan kegemaran anda.

Hidup lebih baik di rumah

Kita mahukan kemudahan yang sesuai, pada masa sama tidak mahu membelanjakan terlalu banyak wang untuk produk dengan ciri-ciri yang tidak penting tapi kita juga masih mahu menyediakan makanan terbaik untuk diri sendiri dan insan tersayang di rumah, bukan?

Harvey Norman, inilah jawapan kepada masalah anda, malah ia adalah jenama dipercayai rakyat Malaysia sejak 2003 kerana mereka memahami keperluan anda dalam menjadikan kehidupan seharian lebih selesa, mudah dan lebih baik.

Ia menawarkan pelbagai pilihan untuk memasak dan perkakasan kediaman - sama ada anda memerlukan periuk tekanan yang mudah digunakan untuk merebus daging atau pengukus bagi menyediakan hidangan sihat dengan cepat dan selamat.

Harvey Norman ada semuanya untuk anda dan percayalah, produk hebat ini tidak membuatkan dompet anda tipis seperti disangkakan.

Apa kata kita lihat peralatan yang dapat memberi manfaat dan menjimatkan masa anda daripada Harvey Norman dan paling istimewa ada petua memasak!

Apa kata kita semak petua menyediakan makanan dengan lebih baik dan mudah di rumah.



Makanan dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

1. Keluarga besar, hidangan besar dan penyelesaian besar!

Apabila anda sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak serta ada ibu bapa atau mentua yang tinggal bersama, sudah tentu anda ingin membuatkan mereka gembira dengan masakan anda tetapi tidak mahu menghabiskan masa selama tiga jam membuat persediaan!

Jadikan Tefal Home Chef Smart Pro Multi-Cooker sebagai rakan baik anda kerana ia sangat serba boleh termasuklah merebus daging ayam atau lembu kegemaran ibu dan biarkan ia masak atau sediakan hidangan lain yang memerlukan suhu berbeza.

Mana tidaknya, multi-cooker ini dilengkapi dengan tetapan suhu, tekanan dan waktu yang dapat disesuaikan untuk memudahkan pengguna.

Oleh itu, sama ada anda ingin menggunakan tetapan tekanan tinggi untuk melembutkan daging atau memasak ikan dan sayur-sayuran, Tefal Home Chef Smart Pro Multi-Cooker adalah jawapan kepada masalah anda.

2. Api dihidupkan, rasa bersalah dimatikan

Anak-anak menggemari nuget goreng, anda pula sukakan ayam panggang tetapi bimbang tentang peningkatan berat badan atau kesihatan anak apabila perlu menggunakan minyak masak, mentega dan majerin dalam masakan.

Di sinilah penggoreng udara dapat membantu kerana anda bukan sahaja boleh menggoreng tetapi memanggang dan memanaskan semula dengan menggunakan minyak yang sedikit atau tanpa minyak. Sudah tentu ia masakan yang menyihatkan dan boleh makan tanpa rasa bersalah.

Philips Air Fryer adalah pilihan utama anda dan paling bagus ialah ia cukup serba boleh dalam memasak pelbagai cara sama ada menggoreng, memanggang atau membakar.

3. Well-done, bro



Pelbagai masakan boleh disediakan menggunakan Tefal Optigrill.

Kaum lelaki cukup suka dengan aktiviti memanggang, bukan? Lihat sahaja reaksi mereka ketika disajikan dengan alatan barbeku dan pemanggang.

Pada waktu ini, siapa kata tak boleh menikmati stik? Tefal Optigrill dilengkapi ciri khas yang akan memberitahu anda sama ada daging burger atau stik yang dipanggang mentah atau well-done.

Dilengkapi dengan enam program memasak daripada sosej, ikan ke daging, Tefal Optigrill sudah tentu akan memberi kepuasan kepada kaum lelaki apabila si dia ingin mengadakan jamuan bersama rakan-rakan di rumah.

4. Tingkatkan kuasa

Smoothie sebagai permulaan pagi hujung minggu anda adalah jus sempurna untuk membersihkan sistem badan ketika anda sibuk - sama seperti anda mempunyai rakan senaman, anda juga memerlukan pengisar yang baik sebagai rakan dapur anda.

Tefal Hi-Speed Vacuum Blender adalah pilihan yang tepat kerana ia telah mempatenkan teknologi Nutri-Keep yang mengekalkan nutrien dalam bahan selain hasil yang lebih homogen (kurang lapisan).

Ini bukan sahaja meminimumkan pengoksidaan, tetapi pengisar ini juga mampu menampung resepi panas dan sejuk serta dilengkapi skrin sesentuh pengesan jar pintar yang membolehkan anda menghasilkan smoothie kegemaran.

5. Segelas kopi buat hari yang panjang

Tidak perlu lagi berbaris panjang sesudah subuh atau kecewa rasa kopi tidak seperti diharapkan. Berada di rumah tidak bermaksud anda tidak boleh menikmati segelas kopi yang enak.

Dengan mesin kopi Breville Barista Pro, ia memudahkan anda memulakan hari yang panjang dan cukup dengan menekan beberapa butang pilihan - kopi siap!

Paparan LCD akan menunjukkan kepada anda proses mengisar dan ekstrak biji kopi. Paling best, ciri kawalan pengisar sentuhan tunggal membolehkan anda mengawal dos kopi sesuai dengan citarasa namun rasa maksimum.

6. Panas, sedap, mudah

Sama ada anda seorang penuntut universiti atau baru sahaja membeli rumah pertama dan merasakan tiada masa untuk menyelesaikan semua tugas dalam satu hari, gelombang mikro sangat penting! Peranti ini menjimatkan masa dan paling penting dapat menyelesaikan tugas dengan cepat apabila anda ingin memanaskan makanan tanpa menghilangkan rasanya.

Ketuhar gelombang mikro Samsung MWO adalah jawapan dan perlu memilikinya saat anda perlu menyediakan makanan yang mampu mengekalkan tekstur dan rasa segar hidangan.

Tidak ketinggalan, ia turut dilengkapi dengan ciri Power Defrost yang membolehkan anda mencairkan makanan sejuk beku dengan cepat. Tetapan itu sangat membantu sekiranya peti sejuk anda penuh dengan makanan sejuk beku yang dibekalkan oleh keluarga.

7. Tiada bau, masak pun senang hati

Kalau tak menumis sampai merecik semua bahan-bahan ketika memasak memang tak sah! Itu belum lagi baunya masakan kita sampai menusuk ke hidung jiran.

Untuk menjadi seorang jiran yang baik, kita boleh mempertimbangkan untuk menggunakan hood kombo Brandt - iaitu ketuhar yang dapat menapis udara panas ketika memasak dan menyingkirkannya (jadi baunya tidak tersebar selain membuatkan pakaian anda berbau)

Hood kombo Brandt ini dilengkapi sistem pengumpulan minyak - bermaksud anda tidak perlu kerap membersihkannya. Jika anda ingin memasak menu yang memerlukan masa yang lama, dapur Brandt ini turut didatangkan dengan dua pembakar gas yang berbeza dengan pencucuh elektronik.

Manakala kapasiti ketuharnya pula didatangkan dengan 73 liter yang bermaksud anda boleh memanggang makanan dalam saiz besar sekiranya mengadakan jamuan besar di rumah.

Jika ada yang ingin melembutkan mentega untuk resepi macaron, menggoreng sayur atau memanggang ayam - semuanya boleh dilakukan pada masa yang sama.

Ini adalah kombo untuk anda. Pastinya akan ada menyangka juadah disediakan oleh beberapa tukang masak wahal anda menggunakan kelengkapan kombo Brandt.

Produk-produk ini bukan sahaja dapat membantu anda tetapi ia juga dilengkapi dengan jaminan daripada Harvey Norman. Jika anda menjumpai produk yang sama di kedai lain pada harga lebih rendah, Harvey Norman akan memadankan harga itu serta memberi pulangan 10% atas perbezaan harga tersebut

Pakar produk di Harvey Norman juga sentiasa bersedia untuk membantu sekiranya anda ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk kelengkapan rumah sebelum membuat keputusan pembelian. Ini bermakna, tidak kira apa juga keperluan anda, pasti akan ada penyelesaian dengan bantuan pakar.

Product Care Harvey Norman juga memberikan perlindungan tambahan kepada pembeli pada semua aspek, kos buruh dan panggilan pembaikan tanpa had. Berbaloi, bukan? Layari kedai Harvey Norman terdekat atau layari www.harveynorman.com.my untuk maklumat lanjut.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Harvey Norman, Memasak, Samsung, Tefal

Artikel Lain