suria

Wanita hamil teringin makan durian? Ambil tahu 4 fakta penting sebelum nikmati raja buah

Wanita hamil pasti mengidam hendak menikmati durian.

SIAPA yang tak suka durian? Raja buah itu menjadi perhatian dan rebutan setiap kali musimnya tiba.

Tidak ketinggalan wanita yang sedang mengandung juga adakalanya mengidam untuk makan durian sehingga ada di antaranya yang 'lupa' diri akibat terlalu asyik dengan keenakan raja buah itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu hamil katanya tak elok makan mi segera, tapi kalau dah mengidam ikut cara ini

Meskipun ada mengatakan durian mempunyai pelbagai khasiat kepada ibu mengandung, tidak kurang juga pelbagai mitos tentang bahaya buah itu kepada wanita hamil.

Benarkah bahaya? Daripada percaya mitos, apa kata semak dahulu empat fakta tentang makan durian ketika hamil menurut pakar!

1. Durian bukan makanan 'super' ketika hamil

Ketika sedang berbadan dua mungkin menjadi alasan terbaik untuk makan apa sahaja termasuk durian yang disebut-sebut sebagai makanan 'super' dan bergizi tinggi.

Bagaimanapun menurut pakar pemakanan Dr Goh Shen Li, tiada bukti kukuh mengatakan bahawa durian adalah sumber makanan 'super' ketika kehamilan.



Makan durian tanpa kawalan mungkin boleh memberi bahaya kepada kehamilan.

2. Tinggi kandungan gula dan karbohidrat

Bukan tidak boleh makan tetapi biarlah berpada-pada kerana durian mengandungi gula dan karbohidrat yang tinggi. Lima ulas durian sederhana bersamaan 160 kalori.

Wanita hamil yang menghidap diabetes gestasional disarankan untuk menghindari durian ketika hamil.

3. Dapat bantu penambahan berat badan bayi, tapi...

Memandangkan durian berkalori tinggi, pengambilan durian dapat membantu janin menambah berat badan jika ia bersaiz kecil tetapi ia juga dapat memberi kesan buruk kepada ibu.

Sebaik-baiknya, si ibu perlu mengambil pemakanan seimbang kaya protein seperti telur, daging dalam diet bagi memastikan kedua-dua ibu dan bayi berada dalam keadaan sihat.

4. Jangan makan untuk dua orang!

Ingatlah bahawa istilah makan untuk dua orang adalah perkara yang patut ditinggalkan. Makanlah berpada-pada bagi memastikan tiada masalah lain berlaku.

Wanita hamil juga perlu menjaga kesihatan dan kenaikan berat badan yang normal ketika hamil adalah sekitar 12 hingga 16 kilogram.

Durian, Hamil, Mitos

Artikel Lain