DALAM era digital seperti sekarang, pelbagai perkara mampu diselesaikan hanya menggunakan internet seperti membayar bil, membeli tiket penerbangan sehinggalah membeli barangan dapur. Meskipun teknologi memudahkan urusan seharian kita terutamanya pada situasi sekarang, namun sebagai pengguna kita harus mempertimbangkan beberapa aspek sebelum membuat sebarang pembelian.ARTIKEL BERKAITAN: Cukup susah nak telah air putih? Jom cuba 5 cara ini... antaranya guna straw Ini kerana, ada beberapa barangan yang sebenarnya tidak sesuai dibeli secara dalam talian seperti yang dinyatakan dalam senarai di bawah: 1. Barangan kosmetik Produk kosmetik adalah antara benda yang paling banyak dijual secara dalam talian bagi menarik pembeli terutamanya golongan wanita. Sebenarnya adalah lebih baik barangan ini dibeli sendiri di kedai bagi memastikan anda berpuas hati. Harus diingat tidak semua produk kecantikan atau solekan itu sesuai dengan kulit seseorang. Ini termasuklah ketidakpastian sama ada produk dijual dalam talian adalah asli atau pun tidak. 2. Minyak wangi Seperti barangan kosmetik, minyak wangi juga tidak digalakkan dibeli secara dalam talian bagi memastikan baunya sesuai dengan kita, ia perlu dicuba sendiri. Jangan cepat terpengaruh dengan jualan murah dan potongan harga kerana ia mungkin adalah minyak wangi palsu dan baunya tidak tahan lama. 3. Ubat-ubatan Sangat bahaya apabila membeli ubat-ubatan di internet kerana ia mungkin boleh membahayakan kesihatan apatah lagi tanpa preskripsi daripada doktor. Bukan tidak ada penjual dalam talian yang berdaftar dengan pihak berwajib tetapi lebih banyak yang tidak bertauliah selain penggunaan bahan meragukan. 4. Barang bersaiz besar Barang bersaiz besar seperti perabot atau peralatan elektrik bukan tidak boleh beli dalam talian tetapi sanggupkah anda menanggung risiko barang yang dipesan sampai dalam keadaan menyayat hati? Itu belum lagi timbul masalah penghantaran atau barang dipesan tersangkut akibat salah maklumat serta kesilapan penjual, anda mungkin terpaksa menanggung kerugian. 5. Barangan berjenama Siapa yang tak rambang mata apabila tas tangan jenama Chanel dijual dengan harga serendah RM1,000? apatah lagi membaca reviu yang indah-indah daripada pelanggan. Sebaik-baiknya, jangan terpedaya dengan harga runtuh dijanjikan peniaga kerana secara logiknya tidak mungkin tas tangan jenama mewah itu berharga semurah itu. Tambahan pula lambakan produk tiruan yang sukar dibezakan dengan asli 'bersepah' di pasaran membuatkan kita terus rambang mata. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!