KONSEP minimalis sudah menjadi satu trend dalam menghias rumah terutamanya golongan muda yang tinggal di kediaman jenis apartment. Ramai menyukai konsep ini kerana ia bukan sahaja mudah diuruskan tetapi juga dapat menjimatkan ruang memandangkan kebanyakan apartment memiliki keluasan terhad.ARTIKEL BERKAITAN: Cabaran mampu cetuskan kreativiti... Pensyarah UiTM hasilkan koleksi ukiran tema Covid-19, niat nak bantu pelajar terjejas Bagaimanapun, ramai kerap melakukan kesalahan ketika mendekorasi kediaman mereka seperti pemilihan perabot terlalu besar, susun atur yang salah selain pemilihan warna tidak bersesuaian dengan keluasan dan bentuk kediaman.Akhirnya rekaan minimalis yang diharapkan bertukar menjadi carca-marba dan membuatkan ruang bertambah sempit. Nicole memberitahu konsep Etnik semakin mendapat perhatian pada mereka yang gemar menghias rumah. Berkongsi mengenai kesilapan yang sering dilakukan, Pengurus Jenama Fella Urban, Nicole Chen memberitahu perkara itu sering kali terjadi kerana ramai tidak memahami keperluan dan kehendak sebelum membuat pembelian perabot untuk rumah mereka. Atas sebab itu katanya, adalah sangat penting untuk seseorang memahami gaya dan cita rasa yang dapat mencerminkan gaya mereka agar kediaman dapat menjadi sebuah tempat yang menenangkan selepas seharian penat bekerja. "Ramai yang mahukan konsep tertentu seperti minimalis tetapi mereka tidak faham tentang gaya dan cita rasa mereka sendiri. Pada akhirnya mereka akan memilih perabot yang salah. "Sebab itu ramai yang buat pemilihan salah kerana merasakan sesuatu konsep itu sesuai dengan diri mereka apabila melihat orang lain buat perkara serupa," katanya. Memahami akan situasi itu, Nicole memberitahu Fella Urban memperkenalkan pengalaman beli-belah yang mudah serta berinformasi melalui lima konsep menarik iaitu Scandinavian, Contemp Chic, Wood & Steel dan Etnik. Ringkas... Pengunaan warna neuteral dengan perabot besi berwarna hitam menghidupkan ruang tamu. Selain menyediakan ruang pameran yang lengkap, Nicole memberitahu, pelanggan boleh membuat pilihan dan perbandingan mengikut citarasa serta keperluan mereka dengan dibantu oleh pakar berpengalaman. Menerusi kaedah ini juga, pelanggan dapat melihat pelbagai pilihan dan maklumat tentang pelbagai perabot ditawarkan sebelum membuat sebarang pembelian. "Idea di sini bukan hanya untuk menjual perabot tetapi membantu pelanggan mengenal pasti perabot yang sesuai dengan keperluan mereka," katanya. Sementara itu, Nicole turut berkongsi tiga tip bagi mereka yang ingin mengubah suai atau menghias kediaman mereka. Sebelum membeli sesuatu perabot, anda perlu tahu kehendak dan keperluan yang mampu mencerminkan karakter kediaman anda. 1. Gaya atau keselesaan Perkara pertama yang perlu diketahui adalah sama ada anda lebih sukakan gaya atau keselesaan. Apakah lifestyle dan citarasa anda kerana ia sangat penting ketika membuat sebarang pembelian perabot. Sekiranya anda lebih sukakan keselesaan sofa moden, ia mungkin tidak sesuai dengan anda kerana ia tidak dapat menyokong bahagian belakang badan ketika duduk. Jadi amat penting untuk mengetahui apa yang anda perlukan untuk kediaman agar anda tidak berasa menyesal. Jangan takut bermain dengan warna kerana dengan padanan yang betul ia boleh jadi menarik. 2. Pemilihan warna Ramai yang tidak tahu untuk memilih warna perabot yang sesuai dengan kediaman mereka. Bagaimanapun, warna sebenarnya boleh memberi impak kepada hiasan dalaman rumah anda jika dipilih mengikut kesesuaian. Atas sebab itu juga kami menawarkan rona neutral selain aksesori dengan rona lebih berani seperti konsep Scandinavian. Aksesori mampu menghidupkan sesuatu ruang. 3. Aksesori Jika anda lebih selesa dengan warna perabot yang selamat, aksesori seperti permaidani, langsir, cermin, meja kopi boleh digunakan bagi memberi karakter kepada sesuatu ruang. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!