suria

Jaga si bulus bukan sekadar bagi makan, nutrisi juga penting… ini yang anda perlu tahu!

Amat penting untuk memberi pemakanan seimbang untuk tumbesaran si bulus.

COMELNYA! Begitulah reaksi kita apabila melihat gelagat si bulus, lebih-lebih lagi bagi yang menjadikannya sebagai haiwan peliharaan.

Seronok-seronok juga, tapi penjagaan kesihatan haiwan peliharaan ini seharusnya diberi perhatian untuk kesejahteraan sepanjang masa.

Kita sebagai manusia sudah tentu menjaga diet sebagai asas kesihatan yang baik, bagi memastikan sentiasa mempunyai nutrien penting untuk mencegah penyakit.

Begitu jugalah dengan kucing dan anjing. Bak kata pepatah, mencegah itu lebih baik daripada mengubati.

Pemilik haiwan peliharaan seharusnya memberikan makanan yang terbaik untuk si bulus mereka, namun ramai yang tidak menyedari pemakanan yang disediakan adalah tidak lengkap dari segi nutrisi.

Keadaan tersebut berlaku apabila masyarakat menyifatkan makanan berupa ikan, nasi dan sisa makanan sudah memadai buat haiwan peliharaan mereka.

Dalam penilaian terhadap 200 makanan yang disediakan di rumah, hanya lima peratus didapati lengkap dan seimbang, 11 peratus kekurangan satu nutrien penting, dan 84 peratus kekurangan lebih daripada satu nutrien penting.

Sebenarnya, kekurangan nutrien boleh menyebabkan kesan buruk terhadap kesejahteraan haiwan kesayangan anda, terutama yang masih muda dan mudah jatuh sakit.

Pengurus komunikasi saintifik pembekal makanan berkhasiat khusus untuk kucing dan anjing, Royal Canin Malaysia, Dr Dylan Choy berkata, mereka menemui anak kucing yang menghidap "Yellow Fat Disease" atau dikenali sebagai pansteatitis - sejenis kondisi di mana terdapat keradangan sel-sel lemak, yang disebabkan oleh kekurangan vitamin E.

"Keadaan itu berpunca daripada pengambilan makanan yang tidak seimbang untuk jangka panjang yang hanya terdiri daripada makanan tuna dalam tin dan nasi oleh pemilik mereka," kata Dr Choy yang merupakan doktor veterinar.

Dr Choy berkata, anak-anak kucing dan anjing yang sedang membesar paling mudah terdedah kepada keadaan dan persekitaran yang bahaya.

Oleh sebab anak-anak kucing dan anjing cepat membesar, sistem pencernaan dan ketahanan tubuh haiwan-haiwan ini pula berkembang dengan perlahan. Justeru, keperluan pemakanan golongan si manja ini sangat berbeza berbanding kucing dan anjing dewasa.

Persediaan diet yang lengkap dengan nutrisi yang disesuaikan dengan keperluan khusus haiwan-haiwan tersebut adalah amat penting untuk menyokong perkembangan yang sihat dan dijadikan asas untuk kesihatan pada masa akan datang.

Setiap kali memilih nutrisi yang baik untuk anak-anak kucing dan anjing, pemilik haiwan peliharaan dinasihatkan untuk bukan hanya melihat nilai per kilogram, tetapi sebenarnya lebih daripada itu.

Pemilik si bulus seharusnya meneliti sama ada ia adalah jenama yang boleh dipercayai yang disokong oleh sains, dan kawalan kualiti serta keselamatan makanan yang ketat.



Royal Canin menyediakan nutrisi berkhasiat khusus untuk kucing dan anjing.

Royal Canin telah menyediakan nutrisi berkhasiat khusus untuk kucing dan anjing sejak 53 tahun lalu, yang kini beroperasi di lebih 100 pasaran dengan 16 kilang di seluruh dunia, satu pusat penyelidikan dan pembangunan, dua pusat inovasi serta empat makmal.

Sebagai peneraju global dalam nutrisi sihat untuk haiwan peliharaan, Royal Canin bekerjasama rapat dengan pakar haiwan, pakar nutrisi haiwan dan pakar pembiakan untuk merumus pemakanan yang terbaik buat kucing dan anjing.

Jenama makanan untuk haiwan peliharaan, Royal Canin yang telah dirumus khas untuk anak-anak kucing dan anjing merupakan jalan penyelesaian terbaik dalam penyediaan makanan haiwan yang paling komprehensif dan bernutrisi untuk ibu kucing dan anjing dari tahap kehamilan hinggalah penyusuan, serta untuk anak-anak kucing dan anjing, demi kesejahteraan hidup mereka.

Oleh itu, keperluan nutrisi untuk ibu kucing dan anjing yang hamil mahupun yang masih lagi menyusu telah dikenalpasti bagi mengambil langkah-langkah yang seterusnya.

Sebab itulah Royal Canin Malaysia memperkenalkan formulasi kelahiran dan pertumbuhan yang terbaik, diperkaya dengan kompleks imun yang dipatenkan untuk membantu menguatkan sistem pertahanan secara semula jadi ibu, dan anak kucing atau anak anjing dari kehamilan hingga tumbesaran haiwan-haiwan ini.

Royal Canin Malaysia juga menawarkan promosi makanan anak kucing dan anak anjing dari 5 Oktober hingga 27 November di seluruh negara.

Pemilik haiwan peliharaan boleh membeli produk dari kedai rasmi secara atas talian Royal Canin Malaysia dan daripada rakan niaga yang sah.

Tunggu apa lagi, jom rebut tawaran hebat untuk nutrisi terbaik buat 'anak-anak bulus comel dan kesayangan' anda!

Untuk maklumat lebih lanjut, layari laman sesawang www.royalcaninmalaysia.my.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain