suria

Waktu pejabat dah habis, tapi tekanan masih terasa... ini 3 cara buat kita betul-betul rileks selepas balik kerja

Bebanan kerja memang boleh membuatkan kita tertekan sehingga sukar untuk berasa rileks selepas waktu pejabat.

SELEPAS seharian bekerja, sudah pasti ramai yang menantikan masa berehat bagi menenangkan perasaan tanpa perlu berfikir tentang kerja, bukan?

Tapi jarang sekali perkara itu berlaku malah kata pakar psikologi secara praktikalnya bersenang-lenang tidak semudah yang diharapkan.

Bersiar-siar, membaca buku atau lepak bersama rakan-rakan mungkin terdengar seperti aktiviti yang baik untuk melapangkan fikiran daripada bebanan kerja namun ramai di antara kita sukar untuk berasa rileks.

ARTIKEL BERKAITAN: Susahnya berkomunikasi ketika pakai mask... Ketahui cara kenali 6 emosi ini melalui mata

Ini boleh disebabkan kerana hormon tekanan iaitu kortisol yang tidak membenarkan anda berasa tenang.

Dalam tempoh jangka panjang, ia boleh memberi kesan yang besar kepada kesihatan sekiranya membiarkan diri kita hanyut dan dicengkam oleh bebanan kerja yang tidak berkesudahan.

Bagaimanapun, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan sebagai signal anda menjaga diri sendiri terlebih dahulu berbanding perkara lain.

1. Matikan telefon

Perkara pertama yang boleh dilakukan untuk berasa tenang dan rileks - paling mudah dan sukar adalah mematikan telefon dan komputer.

Dengan berbuat demikian, ia adalah simbolik bahawa anda sudah bersedia untuk membuatkan badan dan fikiran anda berasa tenang.

2. Jadikan ia rutin

Ramai di antara kita yang pulang ke rumah dari pejabat dalam waktu tidak menentu kerana tanpa disedari kita memandang rendah betapa pentingnya untuk pulang tepat pada masanya.

Tetapi jika ia dijadikan rutin sebagaimana kita datang kerja pada tepat masanya, kita akan lebih berdisiplin untuk menyiapkan kerja dalam tempoh ditetap tanpa berfikir lagi tentang kerja selepas waktu pejabat.

3. Masa untuk diri sendiri

Kita mungkin sudah meninggalkan tempat kerja tetapi itu bukan bermakna 'kerja' kita sudah selesai.

Ramai daripada kita ada tanggungjawab lain seperti menguruskan keluarga, membeli barang keperluan dan sebagainya yang mampu memberi tekanan.

Ini sebabnya penting untuk mengambil sedikit masa untuk diri sendiri seperti menikmati secawan kopi kegemaran anda atau berendam dalam air panas sambil membaca buku.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain