suria

Pencinta kucing konon! Jangan jadi antara 40 peratus pemilik tak pernah bawa si bulus ke klinik haiwan

Kajian menunjukkan 40 peratus pemilik kucing di negara ini tidak pernah membawa haiwan peliharaan mereka berjumpa doktor haiwan.

RAMAI yang suka memelihara kucing, akan tetapi kajian yang dilakukan menunjukkan angka mengejutkan berhubung penjagaan si bulus dan ini menimbulkan persoalan - adakah kebajikan haiwan di Malaysia terjaga?

Kajian itu menunjukkan 40 peratus pemilik kucing di negara ini tidak pernah membawa haiwan peliharaan mereka berjumpa doktor haiwan bagi melakukan pemeriksaan kesihatan.

ARTIKEL BERKAITAN: Jaga si bulus bukan sekadar bagi makan, nutrisi juga penting... ini yang anda perlu tahu!

Jurang itu cukup ketara apabila hanya 10 peratus pemilik kucing membawa haiwan kesayangan mereka ke klinik haiwan ketika ia masih kecil.

Harus difahami bahawa membawa anak kucing ke klinik haiwan adalah sangat penting dalam memastikan ia berada dalam keadaan sihat dan dapat menjalani kehidupan sempurna.

Membiasakan diri melakukan kunjungan itu sebenarnya dapat memberikan pengalaman lebih menyenangkan bukan sahaja kepada kucing peliharaan, juga pemilik pada lawatan susulan seterusnya.



Ketua Pemasaran Royal Canin Malaysia, Dmitriy Sokolov.

Kepentingan bawa kucing ke klinik haiwan, cegah penyakit sebelum terlambat

Pepatah ada menyebut, mencegah itu lebih baik daripada mengubati. Ini termasuklah pengesanan awal serta mengurangkan risiko sekiranya kucing kesayangan anda sakit.

Ia sangat penting kerana bukan mudah sebenarnya mengesan tanda-tanda sekiranya kucing peliharaan sedang sakit atau mengalami masalah kesihatan meskipun anda sudah berpengalaman memelihara haiwan comel itu.

Ketua Pemasaran Royal Canin Malaysia, Dmitriy Sokolov menjelaskan kunjungan secara berkala ke klinik veterinar bukan sahaja dapat membuka ruang komunikasi tetapi membolehkan doktor berkongsi informasi tentang penjagaan haiwan serta memupuk rasa tanggungjawab dalam diri pemilik.

Sehubungan itu, Sokolov melaporkan bahawa kes penyakit berkaitan kucing kini semakin meningkat, apa yang lebih menyedihkan adalah sebahagian besar daripada penyakit yang dilaporkan boleh dicegah atau dikawal menerusi pemeriksaan veterinar berkala.



Kucing memang comel tetapi kebajikan kesihatannya juga perlu dijaga.

"Atas sebab itu penting membawa kucing berjumpa doktor haiwan bagi menangani masalah selain memberi fokus kepada pencegahan terutamanya anak kucing," katanya.

Royal Canin tampil kempen 'Take Your Cat to the Vet'

Atas dasar itu juga kata Sokolov, Royal Canin mahu pemilik kucing membawa haiwan kesayangan mereka itu berjumpa doktor veterinar menerusi kempen 'Take Your Cat to the Vet' yang bermatlamat mengukuhkan keperluan semua kucing mendapatkan rawatan perubatan veterinar sebagai kebajikan penting kepada semua pihak terlibat.

"Tahun ini, kami bertuah kerana Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di samping rakan global, International Society of Feline Medicine (ISFM) iaitu bahagian di bawah International Cat Care (ICatCare) untuk menjayakan kempen ini.

“Walaupun terdapat jurang dalam penjagaan pencegahan veterinar antara anjing dan kucing, namun berita baiknya adalah, ia dapat dikurangkan, ” katanya.



Kempen ‘Take Your Cat to the Vet’ diharap dapat memberi kesedaran kepada pemilik kucing tentang kepentingan menjaga kesihatan si bulus menerusi kunjungan ke klinik veterinar berdaftar sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Dalam usaha meningkatkan kesedaran untuk kempen ini, Royal Canin Malaysia sebagai salah sebuah syarikat pemakanan kesihatan haiwan peliharaan terkemuka mengadakan siri aktiviti untuk pencinta kucing dari kanak-kanak hinggalah warga emas.

Antaranya pertandingan TYCTTV: Pertandingan Puisi dan Bercerita yang terbuka kepada kanak-kanak berusia antara empat hingga 12 tahun, permainan web pendidikan interaktif Play & Win dan Cat2Vet Digital Live.

Acara itu dijangka berlangsung pada 5 Disember 2020.

Untuk maklumat lanjut mengenai tip lawatan doktor haiwan tanpa tekanan bagi pemilik dan kucing peliharaan atau menyertai aktiviti kempen 'Take Your Cat to the Vet', layari laman web Royal Canin.

Anda juga boleh menyertai perbualan dan pelbagai usaha kami di media sosial dengan menggunakan hashtag #TakeYourCatToTheVet, #Cat2Vet, dan #RoyalCaninMalaysia.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain