suria

Bukan sahaja kasut tumit tinggi, memandu berkaki ayam pun ada bahayanya

Memandu dengan tidak memakai kasut mungkin dirasakan lebih selesa tapi ia juga boleh mendatangkan bahaya kepada pemandu.

BUKAN sahaja kasut tumit tinggi, memandu tanpa memakai kasut juga tidak digalakkan kerana ia boleh mendatangkan bahaya serta kesan buruk kepada pemandu.

Baik lelaki atau perempuan, ada segelintir gemar memandu dengan berkaki ayam kerana ramai merasakan ia lebih selesa ketika menekal pedal minyak dan brek.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak panaskan kereta sebelum guna punca enjin rosak, betul ke?

Malah ia sudah menjadi satu kebiasaan bagi ramai orang tanpa menyedari bahawa ia juga boleh mendatangkan bahaya ketika memandu terutamanya apabila berhadapan situasi cemas di jalan raya.

Menurut kajian yang dilakukan Driving Standards Agency (DSA), 40 peratus wanita mengaku memandu menggunakan kasut tumit tinggi, 39 peratus memakai sandal manakala 24 peratus berkaki ayam.



Menurut kajian 40 peratus wanita mengaku memandu dengan memakai kasut bertumit tinggi.

Dalam tinjauan sama, 27 peratus pemandu lelaki mengaku memakai kasut dan 22 peratus memandu dengan tidak memakai kasut.

Mengikut standard keselamatan, kita perlu memakai kasut ketika memandu dan sebaik-baiknya yang mempunyai permukaan rata.

Kasut dengan permukaan rata membolehkan cengkaman yang lebih baik pada pedal kereta.

Jika cengkaman pada pedal minyak atau brek tidak baik, ia dikhuatiri boleh menyebabkan tergelincir. Keadaan ini berbahaya terutamanya apabila kita tiba-tiba menekan minyak dan boleh menyebabkan kemalangan.



Penggunaan kasut yang sesuai memberi cengkaman lebih baik ketika memandu.

Ini juga termasuk pengguna kereta manual apabila pedal lebih kecil dan nipis yang memerlukan pemandu memberi tekanan pada kaki mereka.

Manakala jika memakai kasut, tapaknya membantu mengurangkan tekanan tersebut.

Sementara itu, memandu dengan memakai kasut boleh mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan terutamanya pada bahagian kaki.

Sekiranya berlaku kemalangan secara frontal (berdepan) kaki tidak dapat dilindungi dengan baik.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain