suria

Biru di luar atau dalam, putih? Doktor ini jelaskan pemakaian sebenar pelitup muka

Masih ramai yang keliru tentang penggunaan pelitup muka terutamanya yang mempunyai warna.

PEMAKAIAN pelitup muka diwajibkan kerajaan Malaysia sejak 1 Ogos lalu dalam usaha membendung dan mengawal penularan virus Covid-19 terutamanya di tempat awam.

Bagaimanapun, selepas beberapa bulan masih ada yang keliru tentang pemakaiannya apatah lagi apabila pelitup muka yang dijual datang dalam pelbagai warna.

ARTIKEL BERKAITAN: Hentikanlah salam penumbuk, ia juga boleh jadi penyebab penyebaran Covid-19 tanpa disedari

Pegawai Perubatan Klinik Ajwa Shah Alam, Dr. Arisman Abdul Rahman menjelaskan sebaik-baiknya pemakai pastikan bahagian mana patut di luar atau di dalam.

Atas dasar itu juga kata Dr. Arisman, pemilihan pelitup muka sangat penting sebelum memakainya.



Bahagian berwarna perlu dipakai di bahagian luar.

"Jika tidak tahu juga, jangan kecewa atau panik. Pakai sahaja... Masih ada cara lain untuk mengelakkan diri daripada jangkitan kuman Covid-19 seperti menjaga jarak lebih satu meter, kerap mencuci tangan atau jangan berada dalam ruangan tertutup dan ramai orang," katanya.

Bagaimanapun, Dr. Arisman menyenaraikan lima tip membezakan pelitup muka dan cara pemakaiannya.

1. Warna biru atau putih yang perlu menghadap ke luar?

Jawapan: Warna biru

2. Kalau topeng muka warna hijau dan putih, mana satu di luar?

Jawapan: Warna hijau



Sentiasa memastikan bahagian putih dipakai ke arah mulut.

3. Kalau warna lain pula... misalnya merah? Ungu atau putih yang perlu menghadap luar?

Jawapan: Umumnya topeng muka yang berwarna itu semua menghadap ke luar. Bahagian putih sentiasa di dalam.

4. Kalau ada topeng muka dua-dua warna putih?

Jawapan: Lihat pada tanda jenama dan sebagainya. Biasanya yang bertulis atau ada tanda itu dipakai menghadap keluar.

5. Jika tiada tanda dan dua-dua belah berwarna putih?

Jawapan: Tenang. Bernafaslah seperti biasa. Ianya masih boleh dipakai. Sebelum membeli buat pilihan yang tepat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain