suria

Nak bayar secara tunai, debit dan kredit? Ketahui pilihan terbaik ketika berbelanja

Ketahui bilakah masa yang sesuai untuk menggunakan wang tunai, kad debit atau kad kredit.

PERNAHKAH anda mengalami situasi di mana anda menjadi bingung atau keliru ketika mahu memilih mode pembayaran yang sesuai ketika berada di depan kaunter pembayaran?

Tidak dinafikan ketika ini ramai yang memilih untuk melakukan transaksi secara cashless.

Walaupun mungkin semasa membayar keadaan kewangan anda tidak terganggu, tetapi wang yang dibelanjakan dapat memberi kesan kepada aliran tunai anda di masa depan.

Agar anda tidak lagi keliru tentang bilakah waktu yang sesuai menggunakan wang tunai, debit atau kredit, mari lihat panduannya di sini!

Wang tunai

- Wang tunai diterima di mana-mana, jadi mempunyai sejumlah wang adalah perkara yang baik sekiranya berlaku kecemasan. Paling tidak, simpan wang tunai sekitar RM200 di dompet anda untuk menjangkakan sesuatu yang mungkin berlaku.

- Wang tunai sangat bagus untuk mengehadkan perbelanjaan. Pertama sekali, ia adalah lembaran kertas fizikal yang dapat dilihat. Secara psikologi, menyimpan wang tunai membolehkan anda membelanjakan lebih sedikit. Ini berkaitan dengan kenyataan bahawa anda melihat wang keluar dari tangan anda dan dengan cepat dapat mengaitkan wang itu dengan barang yang anda beli. Sementara itu, jika anda membayar dengan kredit atau debit, anda cenderung untuk boros kerana tidak melihat wang fizikal yang dikeluarkan.

- Kajian yang dilakukan oleh Journal of Consumer Research menunjukkan bahawa pengguna yang membayar dengan wang tunai cenderung melakukan pembelian impulsif, terutama makanan ringan seperti ais krim, kerepek, atau kuih.



Pilihlah cara berbelanja terbaik terutama ketika membeli belah untuk mengelakkan anda boros.

Kad Debit

- Kad debit dapat memudahkan anda ketika membayar pembelian sehari-hari, seperti membeli petrol atau bahan makanan yang relatif lebih kecil dan tidak menghabiskan poket anda.

- Membayar bil, tidak seperti kad kredit di mana anda tidak akan menerima sebarang caj semasa menggunakannya.

- Ketika sedang berjimat dan anda berminat untuk membeli sesuatu, gunakan debit dan bukannya kredit supaya bil anda tidak naik mencanak pada bulan berikutnya.



Kaedah secara debit sesuai digunakan ketika anda sedang berjimat cermat.

Kad Kredit

- Ketika melancong, menggunakan kad kredit adalah kaedah pembayaran yang ideal. Ini berlaku untuk semua perkara, dari menempah perjalanan hingga membayar hotel dan penyewaan kereta. Dengan kad kredit, risiko penipuan adalah sangat kecil dan anda boleh membatalkan atau membekukan kad tersebut sekiranya sesuatu berlaku.

- Menebus hadiah. Sebilangan besar kad kredit hari ini akan memberi ganjaran kepada pelanggan atau pengguna kerana menggunakannya.

- Tugasan luar (outsation). Anda perlu membayar hotel, tiket kapal terbang, dan makanan semasa berada di sana. Sekiranya anda menggunakan wang tunai atau debit, wang akan habis dengan serta-merta. Sementara itu, jika anda membayar dengan kad kredit, anda boleh menghantar bil kepada syarikat dan segera mendapatkan penggantian (claim). - Beauty Journal

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain