TIMUN adalah sejenis sayuran yang digemari ramai kerana kesegarannya dan boleh dimakan begitu sahaja atau sebagai pelengkap hidangan seperti nasi lemak. Tapi tahukah anda, kucing sangat takut dan tidak suka kepada timun? Buktinya, terdapat pelbagai video yang dimuat naik di media sosial menunjukkan si bulus akan lari lintang pukang saat melihat sayuran itu berada dekatnya.ARTIKEL BERKAITAN: Berapa lama kucing boleh hidup? Ini 4 cara nak tahu usia sebenar si bulus kesayangan anda Apa sebabnya? Ada beberapa hasil penelitian yang menjelaskan mengenai ketakutan kucing terhadap timun termasuklah; 1. Timun mengingatkan kucing kepada ular Salah satu penjelasalan popular adalah timun mengingatkan kucing pada ular. Ini kerana secara genetik, naluri kucing memang sudah diprogram untuk menjauhi reptilia berbisa itu. Menurut Con Slobodchikoff, seorang pengkaji perilaku haiwan, timun yang mempunyai bentuk seperti ular sudah cukup membuatkan ia berasa takut dan menjauhinya. 2. Jangan letak timun dibelakang badan kucing Con turut menjelaskan timun yang diletakkan di belakang badan kucing sama seperti seseorang sedang menyelinap di belakang tubuhnya. Selain timun, buah-buahan seperti epal dan pisang juga turut membuatkan kucing berasa takut dan beberapa eksperimen dilakukan menguatkan teori tersebut. "Kucing akan cuba lari secepat mungkin dan kemudian melihat kembali benda yang berada di belakangnya dari kejauhan," katanya. 3. Jangan buat kucing rasa takut Kita tidak disarankan untuk menakut-nakutkan kucing semata-mata ingin melihat reaksinya. Con menjelaskan perkara itu tidak baik untuk kesihatan mereka. Berdasarkan laporan daripada National Geographic, orang yang cuba membuat kucing takut akan menyebabkan si bulus mencederakan dirinya, merosakkan barang atau berada dalam keadaan kemurungan. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!