WHATSAPP memperkenalkan ciri baharu yang membolehkan pengguna menetapkan wallpaper berbeza untuk setiap perbualan. Menurut laporan TechCrunch, WhatsApp menjelaskan ciri terbaharu itu dapat membantu pengguna mengelak menghantar mesej yang salah kepada orang lain sekiranya menggunakan wallpaper yang sama.ARTIKEL BERKAITAN: Ada 7 tabiat perbelanjaan yang boleh menyebabkan anda pokai... jom ubah cara berbelanja mulai sekarang! "Jadi perbualan bersama individu berbeza dibezakan dengan wallpaper berbeza, anda tidak perlu lagi risau dengan masalah tersalah hantar mesej," kata wakil WhatsApp. Aplikasi mesej popular itu juga telah menambah pelbagai pilihan wallpaper baharu termasuk gambar pemandangan di bahagian galeri bagi membolehkan pengguna membuat pilihan. Fitur baharu itu mengurangkan kekeliruan pengguna ketika menghantar mesej. Wallpaper pilihan juga boleh ditetapkan mengikut mod telefon dan fitur terbaharu ini dijangka dilancarkan minggu ini. Cara untuk memuat naik juga mudah, pengguna hanya perlu pergi ke Settings > Chats > Display > Wallpaper atau pilih kenalan, klik pada butang Menu di bahagian kanan > Wallpaper. WhatsApp juga ingin mempermudahkan pengguna mencari pelekat (stickers) untuk digunakan ketika menghantar mesej. Laman web Android Police menjelaskan pengguna boleh memasukkan beberapa senyuman ketika menulis mesej dan mereka juga akan diberi beberapa cadangan pelekat. Bercakap mengenai pelekat itu, syarikat itu menambah pek pelekat ‘Together At Home’ - kolaborasi dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang pertama kali dikeluarkan pada bulan April - juga akan tersedia sebagai pelekat animasi. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!