suria

Bukan boleh pakai selama-lamanya! Ini 4 tanda pelitup muka kain anda dah perlu ditukar

Pelitup muka kain bukan jaminan melindungi diri daripada kuman apatah lagi ia sudah digunakan untuk tempoh lama.

RAMAI memilih pelitup muka menggunakan fabrik kerana ia bukan sahaja boleh dicuci malah boleh digunakan berulang kali.

Bagaimanapun, ramai tidak mengetahui bahawa pelitup muka fabrik juga perlu diganti dan tidak boleh digunakan selama-lamanya kerana ia mungkin sudah tidak efektif dalam menyekat penyebaran kuman dan virus menerusi cecair daripada hidung dan mulut.

ARTIKEL BERKAITAN: Biru di luar atau dalam, putih? Doktor ini jelaskan pemakaian sebenar pelitup muka

Apakah tanda-tanda and perlu menukar pelitup muka kain anda?



Jika pelitup muka sudah dibasuh lebih 30 kali, ia perlu ditukar dengan yang baharu.

1. Tali mula longgar

Salah satu perkara yang perlu diberikan perhatian adalah tali pelitup muka anda. Jika ia sudah mula longgar dan pelitup muka tidak melekap pada wajah dengan baik, ia perlu ditukar.

2. Pelitup muka mulai kendur

Dipakai dan dicuci berulang kali pasti akan membuatkan pelitup muka anda mula mengendur. Ukuran mask yang pada awalnya melekap di muka dengan baik, kini seakan-akan sudah longgar. Tukarlah yang baru.

3. Pelitup muka mula 'berbulu'

Apabila sering dicuci, fabrik pasti akan mengeluarkan benang atau 'bulu'. Barangkali akan ada lubang kecil kerana kain sudah mula menipis yang membuatkan virus mudah keluar dan masuk.

4. Pelitup muka dicuci lebih 30 kali

Jika anda sudah mencuci pelitup muka lebih 30 kali, fikirlah 3o kali sebelum memakainya semula. Ini kerana pelitup muka anda mungkin sudah tidak efektif melindungi diri anda dan orang lain.

Mencucinya berulang kali akan membuatkan pelitup muka kehilangan bentuk dan ketahanan dalam melindungi diri anda.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

pelitup muka, mask kain, Covid-19, pandemik,

Artikel Lain