KEBIASAANNYA sejurus memasak kita akan menyiram air sejuk ke dalam kuali yang masih panas bagi mengelakkan sisa makanan melekat sebelum dicuci dengan sabun. Bagaimanapun, ternyata tindakan itu bukanlah sesuatu yang patut dilakukan. Ini kerana kuali yang masih panas perlu dibiarkan sejuk sebelum dicuci. Mengapa?ARTIKEL BERKAITAN: Tak perlu lagi susah payah sental bilik air, 5 bahan ini selesaikan masalah anda Menyiram air sejuk ke dalam kuali yang panas dipanggil thermal shock. Ia boleh merosakkan permukaan dalam kuali, meskipun ia berjenama mahal. Cara terbaik adalah membiarkan kuali sejuk selepas digunakan sebelum dicuci. Apa itu thermal shock? Secara dasarnya, logam mengembang ketika ia dalam keadaan panas. Sebahagian besar periuk dan kuali diperbuat daripada beberapa lapisan logam tahan karat dan mungkin memiliki beberapa lapisan enamel atau anti melekat. Bahan tersebut akan mengembang dan menyusut pada suhu berbeza, yang tidak kita sedari. Apabila air sejuk tiba-tiba dicurahkan ke dalam kuali panas, ia boleh menyebabkan kuali melengkung, retak atau pecah. Atas sebab itu, jika kita lihat, ada kuali kita yang berubah bentuk. Cara terbaik untuk mengelak kerosakan ini adalah dengan membiarkan kuali sejuk dahulu sebelum dicuci. Jika ingin mencurah air ke dalamnya, gunakan air suam atau panas bagi mengelakkan kotoran melekat. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar! TONTON VIDEO PILIHAN!