suria

Menggalakkan penggunaan kayu diperakui dalam bangunan dan pembinaan… usahawan bumiputera diberi lebih banyak peluang

Menggalakkan penggunaan kayu yang diperakui dalam bangunan dan pembinaan adalah di antara objektif utama CWSB.

PENSIJILAN kayu adalah perakuan yang diberikan untuk memastikan jenis-jenis kayu yang digunakan adalah betul dan tepat serta untuk memperakui sumber perolehan kayu tersebut adalah lestari dan sah dari segi undang-undang.

Industri pembinaan dan bangunan di negara ini terus kukuh namun masih terdapat banyak ruang untuk berkembang termasuk dari segi penggunaan kayu samada yang diperakui atau sebaliknya, dalam projek pembangunan meskipun ia mempunya pelbagai manfaat estetika dan semula jadi.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Lautan ungu' strategi pemasaran baharu industri perkayuan negara

CTCS Worlwide Sdn Bhd (CWSB) ingin menjadi pemacu utama yang membuka jalan kepada perubahan tersebut dan sebab utama mengapa aktiviti ini penting tak lain tak bukan, untuk memastikan ia terus kekal!

Sebagai anak syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), CWSB yang ditubuhkan pada 23 Januari 2019 bukan sahaja mempromosikan penggunaan kayu diperakui, tetapi turut melibatkan lebih ramai pengusaha bumiputera dalam industri pembinaan dan bangunan dengan meraih lebih banyak peluang untuk mereka serta membuka peluang menembusi pasaran domestik dan antarabangsa.

Bermula sebagai sebuah syarikat dibiayai sepenuhnya Certified Timber, program Credible Supplier pada 2013 yang berusaha mencapai objektif-objektif ini, juga akan melihat pasaran projek dalam kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan bersama strategi pemasaran, penjenamaan, reka bentuk, kapasiti pembinaan dan kawalan kualiti produk.

Visinya adalah untuk menjadi sebuah organisasi lestari dan proaktif dalam memberikan daya saing kepada vendor bumiputera serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sekali gus membolehkan mereka menawarkan harga kompetitif seterusnya menjadi lebih dipercayai.

CWSB akan bertindak bagi pihak PKS, terutamanya pengusaha bumiputera, dalam mendapatkan kontrak atau perolehan bekalan kayu yang diperakui dalam industri pembinaan dan bangunan; menyelaras, mempromosikan dan memimpin usahawan tersebut dalam pelaksanaan projek dan memberi sokongan dari segi rekaaan dan spesifikasi produk.

Antara produk dan perkhidmatannya termasuklah reka bentuk dalaman, almari pakaian dan kabinet dapur, perabot, bahan binaan dan aksesori serta kayu berlapis gam (glulam).

Pendekatan utama CWSB adalah untuk mendapatkan peluang dalam perniagaan reka bentuk dalaman dengan pemaju bangunan dan perumahan.

Dengan pendekatan ini, CWSB akan memperkenalkan perusahaan bumiputera lebih kecil yang membuat pengkhususkan dalam merancang ruang dalaman untuk kediaman atau perniagaan, dalam usaha membuka ruang pertumbuhan kepada industri pembinaan dan bangunan.

Sebilangan besar syarikat bumiputera yang terlibat dalam kontrak khas dan kerja-kerja pengubahsuaian biasanya cukup mahir dalam dalam pertukangan almari pakaian dan kabinet dapur.

Justeru, CWSB berhasrat untuk mempromosikan lebih banyak kepakaran tersebut dengan mendapatkan lebih banyak kontrak untuk produk pasang siap.

Seperti almari pakaian dan kabinet dapur, syarikat bumipetera berskala sederhana juga terlibat dalam pembuatan perabot dan komponennya. Dengan produk-produk ini, CWSB akan mendorong pembuat perabot bumiputera ke arah pembekalan perabot berdasarkan rekaan dan buatan khas.

Mengenai bahan binaan dan aksesori, termasuk pintu, bingkai pintu, lantai, bingkai tingap, atap, kasau dan produk lain berkaitan, terdapat syarikat bumiputera yang sudah menghasilkan produk-produk tersebut tetapi CWSB juga mempunyai matlamat untuk merekrut lebih banyak syarikat untuk menghasilkan produk ini.

Bagi ghulam, elemen kayu berstruktur yang biasa digunakan untuk balok dan tiang dalam pembinaan kediaman dan bangunan komersial, ia semakin mendapat tempat dalam industri terutamanya dalam projek perumahan dan bangunan.

Atas sebab itu juga, CWSB melihat ini sebagai peluang untuk mendedahkan lebih banyak pengusaha bumiputera dalam menghasilkan produk berkaitan ke dalam industri. Hasilnya, ia akan mewujudkan kumpulan pengusaha bumiputera yang bervariasi.

Antara inisiatif telah dilaksanakan oleh CWSB baru-baru ini adalah produk berkaitan ukiran kayu yang dihasilkan oleh pengukir bumiputera, dipakej semula dan dipromosikan sebagai koleksi atau siri yang dapat dipamerkan dan dipersembahkan sebagai produk art-deco kelas atasan.

Ketika ini, CWSB bekerjasama dengan pengukir kayu dari Temerloh dan Langkawi untuk membawa karya mereka ke pasaran arus perdana.

Inisiatif lain yang sedang diusahakan CWSB adalah menjual produk berkaitan kayu melalui platform dalam talian. Produk-produk ini merangkumi barangan bersaiz kecil yang dihasilkan pengusaha bumiputera dengan sumber terhad untuk promosi atau pembungkusan produk, juga dengan mengumpul dan menjualnya sebagai satu set.

CWSB juga telah bekerjasama dengan pengusaha bumiputera dengan membangunkan sistem perindustrian bangunan berasaskan kayu untuk rumah kecil dan mampu milik. Perbincangan antara CWSB, usahawan dan pihak berkepentingan telah dimulakan sejak awal tahun 2020.

Walaupun masih dalam tahap perancangan, CWSB membayangkan ia akan menjadi fokus yang baik dalam pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta fokus baharu dalam meningkatkan penyertaan bumiputera dalam industri berasaskan kayu.

Inisiatif yang lebih besar diambil CWSB adalah susunan ekosistem rantaian bekalan berasaskan kayu yang kini sedang dirancang dan dibincangkan di antara CWSB dan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia bersama sejumlah pemain industri yang lain.

Ia secara langsung dapat membantu usahawan bumiputera untuk memiliki ekosistem yang lebih mampan dan terancang sehingga mereka dapat memanfaatkan pusat reka bentuk yang lengkap untuk tujuan R&D, kilang pengeluaran skala kecil, kemudahan gudang dan logistik, serta pusat pemasaran dan promosi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain