suria

Jangan main sumbat jer... Ini 5 kesalahan sering dilakukan ketika guna air fryer

Air fryer memang memudahkan tapi ramai lakukan kesalahan ketika menggunakannya.

ALAT penggoreng tanpa minyak atau lebih dikenali sebagai air fryer telah menjadi kegilaan orang ramai untuk memilikinya di dapur rumah.

Antara yang menarik tentang air fryer ini adalah ia tidak perlu menggunakan minyak untuk menggoreng dan cara memasaknya sangatlah mudah.

Selain dari dapat mengurangkan lemak dalam makanan untuk mengamalkan gaya hidup sihat, air fryer juga ternyata dapat menjimatkan masa memasak dan mempunyai pelbagai fungsi iaitu bukan sahaja menggoreng malah boleh memanaskan dan memasak berbagai macam makanan.

ARTIKEL BERKAITAN: Betul ke guna air fryer makanan jadi lebih sihat? Ini penjelasannya...

Bagaimanapun, cara yang moden dan mudah ini masih lagi terdapat pengguna yang melakukan lima kesalahan umum saat menggunakan air fryer ini antaranya;

1. Mengisi terlalu penuh

Gara-gara terlalu yakin dengan alat penggoreng tanpa minyak yang canggih ini, ramai yang ingin memasak dengan mudah dan cepat sekali biarpun ia telah banyak menjimatkan masa berbanding dahulu mereka perlu menggunakan kuali dan memanaskan minyak di atas dapur.

Tindakan mengisi air fryer terlalu penuh ini sememangnya kerap dilakukan sesetengah pengguna sehinggakan makanan yang dimasak tidak sempurna kerana tidak mempunyai ruangan udara yang secukupnya.

Ada kajian mendapati bahawa cara ini juga dapat menyebabkan air fryer mudah rosak.

2. Tidak menetapkan suhu

Sebelum memasukkan makanan ke dalam air fryer, anda perlu setkan suhu dan masa yang sesuai.

Jangan lupa panaskan air fryer anda kerana ia sangat penting bagi menentukan tahap kematangan dan rasa makanan tersebut.

3. Tidak mengalihkan makanan

Kesalahan yang kerap dilakukan oleh pengguna adalah membiarkan makanan di dalam air fryer tanpa mengalihkannya.

Hal ini akan menyebabkan makanan anda tidak dimasak secara menyeluruh. Sebagai contoh, mungkin ada bahagian yang garing dan ada pula yang mentah.

4. Tidak digunakan untuk memanggang

Seperti kita sedia tahu air fryer ini adalah sejenis alat memasak yang sangat sesuai untuk memanggang makanan penutup.

Bukan itu sahaja, cara lebih kreatif lagi jika anda ingin membuat makanan penutup sendiri anda juga disyorkan untuk membuat kuih dan sebagainya.

Bagaimanapun, sebelum menggunakan air fryer untuk membuat makanan penutup pastikan alatnya bersih supaya tidak tercampur dengan rasa makanan yang lain.

5. Tidak bersihkan dengan betul

Mungkin ramai yang tidak tahu air fryer juga perlu dibersihkan dengan betul lebih-lebih lagi jika yang kerap menggunakannya.

Air fryer yang penuh dengan sisa makanan boleh menyebabkan alat penggoreng tanpa minyak ini mengeluarkan asap.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain