suria

Ada cara buatkan penghawa dingin anda lebih sejuk tanpa tetapkan suhu rendah!

Ada cara boleh dilakukan untuk memastikan penghawa dingin sejuk lebih cepat tanpa menetapkan suhu rendah.

PENGGUNAAN penghawa dingin memang dapat menjadi penyelesaian bagi menyejukkan sesuatu ruangan apatah lagi jika cuaca panas.

Bagaimanapun, ketika suhu panas, tahap efisyen penghawa dingin akan menurun dan membuatkan ia perlu bekerja keras untuk menyejukkan ruang.

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah anda ada kipas angin gantung? Jom semak fakta mengenainya yang mungkin tidak diketahui

Ada beberapa tip yang boleh dilakukan bagi mengurangkan beban penghawa dingin anda yang bukan sahaja boleh membuatkan ruangan menjadi sejuk tetapi mengurangkan risiko alatan itu rosak dan menjimatkan elektrik.

1. Tetapkan suhu

Suhu yang disarankan untuk menyejukkan ruang adalah 25 darjah celcius, manakala ada juga menetapkan suhu lebih rendah daripada itu.

Bagaimanapun, menetapkan suhu lebih rendah tidak membuatkan ruang lebih cepat sejuk. Jadi sebaik-baiknya tetapkan satu suhu yang sama setiap kali menghidupkan penghawa dingin anda.



Penghawa dingin boleh cepat rosak jika ia terpaksa bekerja lebih keras.

2. Tutup langsir

Jika ingin menghidupkan penghawa dingin pada waktu siang, sebaik-baiknya tutup langsir bagi menghalang cahaya dan suhu panas menembusi rumah.

Ia bukan sahaja mempercepatkan proses penyejukan ruang tetapi mengurangkan beban penghawa dingin anda untuk bekerja lebih keras.

Bagaimanapun bagi memaksimumkan udara sejuk penghawa dingin pada waktu malam, buka langsir agar haba tidak terperangkap selain menjimatkan penggunaan elektrik.

3. Menghidupkan kipas angin

Kipas angin dapat membantu mengalirkan udara sejuk di ruangan yang dihidupkan penghawa dingin. Ia juga berfungsi mengalihkan haba dalam sesuatu ruang agar penghawa dingin dapat menyejukkan ruang lebih cepat.

4. Gunakan Dehumidifier

Dengan menggunakan dehumifier akan membersihkan rumah dari kelembapan dan anda dapat menetapkan suhu penghawa dingin di atas 25 derajat celcius yang dikombinasikan dengan kipas.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain