MEMANDIKAN kucing sebenarnya bukan sesuatu yang disarankan apatah lagi jika ia dilakukan dengan kerap. Ini kerana si bulus mempunyai kelebihan tersendiri dengan menjilat badannya yang terkena kotoran bagi membersihkan diri. Bagaimanapun, tidak salah untuk memandikan kucing kesayangan anda terutamanya dalam situasi tidak menentu seperti faktor kesihatan dan penyakit. ARTIKEL BERKAITAN: Anda berhajat pelihara si bulus? Kenali 5 jenis kucing berbulu pendek yang sering jadi rebutan Berikut adalah kaedah terbaik untuk mandikan si bulus kesayangan anda. 1. Potong kuku Sebelum memandikan kucing, sebaik-baiknya potong kukunya terlebih dahulu bagi mengelakkan ia mencakar anda ketika ia dimandikan. Kukunya yang panjang boleh menyebabkan anda terluka sekaligus merumitkan proses memandikannya. 2. Pilih tempat sesuai Anda perlu mencari tempat sesuai untuk mandikan si bulus serta menyediakan semua kelengkapan. Ini kerana kebarangkalian kucing cuba melarikan diri sangat tinggi. Jadi anda perlu berhati-hati, bimbang tergelincir atau perkara tidak diingini lain berlaku. 3. Produk yang tepat Pemilihan produk seperti syampu perlu bersesuaian dengan kucing kerana bimbang ia dapat memberi kesan buruk kepada kulitnya. Pastikan anda membersihkan keseluruhan badannya terutamanya di bahagian celah kaki, telinga dan sebagainya. 4. Air Elakkan memandikan kucing dengan air yang terlalu sejuk atau panas. Air suam lebih sesuai bagi menenangkan si bulus. Siram air secara perlahan-lahan dan sebaik-baiknya mulakan dengan bahagian punggung dan ekor. Jangan sesekali merendam seluruh badan kucing ke dalam singki atau baldi yang penuh dengan air kerana ia boleh membuatkan kucing tertekan. 5. Tuala Gunakan tuala untuk mengeringkan bulunya. Jika anda mempunyai pengering rambut, ia juga boleh digunakan bagi mempercepatkan proses pengeringan bulunya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!