PERASAN tak ketika mengangkat jemuran di ampaian, ada antara pakaian anda menjadi keras dan terlalu kering? Meskipun menjemur pakaian di bawah sinaran matahari adalah cara mudah dan cepat mengeringkan pakaian namun ia boleh membuatkan pakaian keras malah tak mustahil menjadi rosak.ARTIKEL BERKAITAN: Elak warna pakaian lusuh, bagi pengguna mesin basuh pastikan guna 2 tetapan ini Tapi jangan bimbang, ada beberapa cara untuk membuatkan pakaian anda kekal lembut meskipun dijemur seharian di ampaian. 1. Cuka putih Tambahkan satu sudu kecil cuka putih ke dalam mesin basuh pada bilasan terakhir. Ia bertujuan untuk membantu melarutkan sisa bahan pencuci yang digunakan. Ia juga bertindak sebagai pelembut pakaian semula jadi dan tidak akan memberi bau seperti mana pelembut kain yang biasa. Jangan bimbang, bau cuka juga akan hilang ketika pakaian mengering! Terdapat pelbagai cara boleh digunakan bagi memastikan pakaian anda sentiasa lembut. 2. Kurangkan serbuk pencuci Sebenarnya penggunaan serbuk pencuci berlebihan menyebabkan pakaian menjadi keras ketika ia dijemur di bawah sinaran matahari. Jadi cuba kurangkan penggunaan serbuk pencuci. 3. Mesin pengering Gunakan mesin pengering untuk mengeringkan pakaian anda sekurang-kurangnya selama 10 minit sebelum digantung atau dijemur di luar rumah. Dengan cara ini, ia dapat membantu mengembangkan serat pada pakaian dan mengelakkan ia menjadi keras ketika dijemur. 4. Perah Bagi cucian tangan, perah pakaian anda dengan baik bagi memastikan lebihan air dan bahan pencuci tidak melekat pada pakaian. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!