suria

Awas! Jangan guna tisu bersihkan kotoran pada 5 barang ini

Tidak semua benda boleh dibersihkan menggunakan tisu.

KEBIASAANNYA cara paling cepat membersihkan sesuatu kotoran pada sofa atau meja adalah dengan menggunakan tisu bukan?

Tapi sebenarnya bukan semua benda boleh diselesaikan dengan menggunakan tisu kerana 'silap hari bulan' ia boleh menyebabkan sesuatu permukaan barangan dalam rumah anda bertambah kotor.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak payah ke Jepun... Jonetz by Don Don Donki kini di Malaysia!

Atas sebab itu, penggunaan jenis kain lap tertentu dicipta bagi membolehkan sesuatu benda dibersihkan dengan betul dan tidak merosakkannya.

Reader's Digest menyenaraikan lima benda yang tidak boleh dibersihkan dengan tisu.

1. Permaidani

Jika ada benda tumpah pada permaidani, jangan gunakan tisu untuk membersihkannya sebaliknya gunakan kain bersih dan kering untuk menyerap tumpahan sebelum sedut menggunakan vakum.

Ini kerana, tisu akan meninggalkan bulu pada karpet dan tidak boleh dibersihkan dengan mudah.

2. Perkakas dapur

Mengelap pinggan atau cawan menggunakan tisu boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan. Alasannya, tisu memiliki partikel kecil yang boleh melekat pada pinggan.

Sebagai gantinya, gunakan kain pengelap pinggan yang khusus.

3. Peralatan elektronik

Membersihkan televisyen, komputer riba dan telefon menggunakan tisu boleh menyebabkan permukaannya bercalar meskipun ia sukar dilihat dengan mata kasar.

Cara terbaik adalah menggunakan kain mikrofiber yang khusus untuk peralatan elektronik.

4. Perabot berdebu

Membersihkan perabot yang berdebu dengan tisu tidak akan membuatkan kotoran melekat padanya. Adalah lebih baik, gunakan vakum atau kain lembap untuk membersihkan perabot anda.

5. Cermin

Tisu boleh meninggalkan partikel kecil pada cermin dan membuatkan cermin nampak lebih kotor. Kain jenis mikrofiber adalah paling sesuai untuk membersihkan cermin.

Ini kerana ia mampu menghilangkan kotoran selain membuatkan cermin anda bertambah kilat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain