suria

Jangan anggap remeh jika teruk patah hati, 5 ‘gejala’ ini petanda anda berada di tahap bahaya

Patah hati boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan.

HAMPIR semua daripada kita pernah merasai pengalaman putus cinta dan berasa patah hati akibat hubungan kecundang di tengah jalan.

Kesan patah hati sebenarnya bukan sekadar bersedih sebaliknya ia boleh menyebabkan tekanan emosi. Dalam keadaan yang parah, ia juga boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikal seseorang.

ARTIKEL BERKAITAN: “Dulu nak makan pun susah, badan kurus” - Remaja miskin, tercicir pelajaran sebak dapat peluang kedua... syukur mampu bantu mak ayah

Berikut adalah lima tanda patah hati yang mula menjentik kesihatan mental dan fizikal yang perlu diwaspadai;

1. Rasa tidak sihat

Tekanan emosi akibat patah hati boleh menyebabkan masalah kesihatan fizikal. Kajian membuktikan orang yang patah hati mengalami rasa tidak sedap badan.

Kesakitan emosi dan fizikal ini disebabkan pengaktifan sistem saraf simpati dan parasimpati yang menangani fungsi reaksi seperti melambatkan degupan jantung dan pernafasan.

Atas sebab itu ada antara orang yang sedang patah hati mengalami rasa seperti sesak nafas, sakit dada dan demam. Ada juga yang mengalami masalah sakit kepala dan sakit sendi selain hilang selera makan.

2. Suka bersendirian

Apabila patah hati, adalah perkara biasa untuk kita mengambil tempoh bertenang. Bagaimanapun sekiranya kita mula menjauhkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan, ia petanda bahaya.

Kemurungan adalah perkara lazim yang berlaku sekiranya tabiat ini berterusan.

3. Tidak jaga diri sendiri

Sekiranya anda mula malas mandi, lakukan perkara rutin serta tidak keluar rumah lebih dari dua minggu, ketahuilah anda berada dalam keadaan bahaya.

Sebaik-baiknya cuba lawan perasaan patah hati itu dan sekurang-kurangnya menjaga diri sendiri atau dapatkan bantuan pakar.

4. Obses dengan kenangan lalu

Putus cinta dan meneruskan kehidupan dengan orang lain bukan semudah yang disangka. Malah ada juga yang menjadi obses dengan masa lalu.

Ini termasuklah terus menerus menyemak laman sosial si dia, merayu dan paling membimbangkan wujud perasaan ingin balas dendam.

5. Sukar tidur

Susah tidur selama beberapa hari selepas patah hati, adalah perkara biasa tetapi ia menjadi luar biasa dan tidak normal apabila ia berpanjangan.

Sukar tidur dan terlalu banyak berfikir tentang masa lalu boleh memberi kesan kepada kesihatan secara keseluruhan. Amalkan pemakanan sihat, berhubung dengan rakan terdekat serta amalkan gaya hidup sihat dapat membantu selesaikan masalah ini.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain