MUSIM hujan bukan sahaja boleh mendatangkan penyakit kepada manusia tetapi juga haiwan dan terdapat empat penyakit yang kerap menyerang binatang peliharaan ketika musim hujan. Haiwan seperti kucing mudah sakit ketika musim hujan kerana kelembapan yang tinggi dan meningkatkan risiko penyakit kepada mereka. Oleh sebab itu, pemilik kucing harus menjaga kebersihan haiwan peliharaan agar bulunya tetap kering.ARTIKEL BERKAITAN: Kalau sayang si bulus, jangan beri 5 makanan ini Berikut adalah empat jenis penyakit yang biasa dialami kucing kesayangan anda ketika musim hujan. 1. Feline Infectious Peritonis (FIP) FIP merupakan penyakit yang disebabkan oleh feline coronavirus yang menular daripada perkongsian makanan, najis, cecair tubuh serta bersin. Sekiranya kucing dijangkiti FIP ia akan menyebabkan si bulus mengalami kekejangan, kegagalan organ, penurunan berat badan serta gangguan penglihatan. Malangnya, FIP belum mempunyai ubat tertentu untuk merawatnya namun pemilik kucing boleh mendapatkan suntikan vaksin untuk menurunkan risiko penularannya. Penyakit ini sangat berbahaya kepada kucing kerana risiko kematian mencecah 95 peratus. 2. Panleukopenia Panleukopenia atau parvo adalah keadaan di mana sel darah putih kucing berada pada tahap rendah dan ia berbahaya jika berlaku terutamanya pada anak kucing. Penyakit ini disebabkan oleh virus dan dapat tersebar melalui air liur, air kencing, najis dan air mata. Kucing jalanan atau kucing peliharaan yang bebas berkeliaran sangat berisiko dengan penyakit ini. Parvo boleh menyebabkan kematian terutamanya bagi kucing yang berusia setahun ke bawah. 3. Feline Respiratory Disease Complex Penyakit ini merupakan demam selesema dengan tiga jenis yang berbeza iaitu Feline Calivirus (FCV), Feline Harpesvirus Type-1, dan Chlamydiosis. Ketiga-tiganya mampu tersebar melalui bersin kucing atau sentuhan langsung pada benda yang terkena cecair daripada kucing yang dijangkiti. Pemilik kucing disarankan untuk lebih kerap membersihkan cecair yang keluar daripada hidung dan mata kucing yang sedang sakit agar ia tidak menjangkiti kucing lain. 4. Cirit-birit Cirit birit bukan sahaja menyerang manusia tetapi juga kucing. Gejalanya paling umum adalah najisnya berbentuk cecair dan ia boleh disebabkan cuaca tidak menentu, pemakanan tidak sihat serta tabiat kucing yang menjilat air kotor di dalam longkang atau tempat kotor. Kucing biasanya kelihatan lesu sehingga menyebabkan malnutrisi dan dehidrasi. Oleh sebab itu, pemilik kucing harus rajin membersihkan kotoran kucing kerana ia boleh menjadi sarang penyakit. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!