suria

Ketahui 5 tanda aircond anda berada di ‘hujung hayat’, perlu diganti baharu

Kenali tanda-tanda penghawa dingin sudah rosak dan perlu ditukar dengan yang baharu.

PADA musim panas seperti sekarang, penghawa dingin sangat membantu dalam menyejukkan sesuatu ruang.

Bagaimanapun, seperti peralatan elektronik yang lain, penghawa dingin juga mempunyai jangka hayat tertentu dan perlu ditukar apabila sampai waktunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Ada cara buatkan penghawa dingin anda lebih sejuk tanpa tetapkan suhu rendah!

Akan tetapi, macam mana caranya hendak mengetahui sama ada penghawa dingin perlu diganti? Berikut adalah beberapa tandanya.

1. Usia penghawa dingin

Penghawa dingin biasanya boleh bertahan selama 20 tahun dengan penyelenggaraan namun itu adalah petanda ia perlu ditukar kerana kos membaiki dan menyelenggara boleh meningkat.

2. Peningkatan bil elektrik

Seiring bertambahnya usia penghawa dingin, ia tidak akan berfungsi dengan maksimum dan perlu bekerja lebih keras dalam memastikan suhu sesuatu ruangan menjadi rendah.

Memandangkan ia perlu bekerja lebih keras, ia akan menggunakan tenaga yang lebih dan boleh menyebabkan peningkatan bil elektrik anda.

3. Keluarkan udara panas

Bagi mengetahui sama ada penghawa dingin perlu ditukar atau tidak, ketika ia dihidupkan, angin yang dikeluarkan tidak sejuk atau panas. Ini petunjuk sudah tiba masanya menggantikan yang baharu.

4. Air menitis keluar

Salah satu tugas penghawa dingin adalah menghilangkan kelembapan udara di dalam rumah anda menerusi koil evaporator.

Namun bagi penghawa dingin yang sudah berusia, saluran itu boleh bocor dan menyebabkan air menitis keluar selain membuatkan ruang menjadi lembab dan pertumbuhan kulat pada dinding.

5. Udara berbau

Penghawa dingin yang dalam keadaan baik tidak akan mengeluarkan bau atau bunyi yang bising. Namun bagi unit yang sudah lama, ia bukan sahaja mengeluarkan bunyi yang kuat namun udaranya juga berbau busuk dan hapak meskipun telah dibersihkan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain