suria

Rupa-rupanya ini alasan si bulus suka mengekor tuannya ke bilik air

kucing memang gemar duduk di dalam bilik air.

PANTANG ke bilik air, si bulus mesti mengekor dari belakang malah ada yang ikut masuk dan memerhati dari tepi.

Selagi tak bagi ikut masuk, kucing mesti mengiau di luar pintu sampai tuannya membenarkannya masuk sama.

ARTIKEL BERKAITAN: Jangan gelabah, ada 5 cara selesaikan sendiri si bulus yang cirit-birit

Kenapa agaknya dalam banyak-banyak tempat, kucing suka mengekor tuannya ke bilik air?

1. Kucing pantang tengok pintu tertutup

Kucing sangat tertarik pada segala perkara yang berlaku di dalam wilayah mereka kerana kelangsungan hidup mereka bergantung padanya. Malah si bulus boleh menghabiskan masa selama berjam-jam untuk mengamati kawasan mereka bagi mengetahui sama ada selamat untuk makan, minum atau tidur di kawasannya.

Begitu juga dengan sebuah pintu dalam wilayah mereka - ia mahu menjelajahinya dan sekiranya ada ruang belum diterokainya termasuk bilik air.

2. Kucing suka perhatikan tuannya

Perasan tak apabila kita sedang duduk santai di sofa atau berbaring di katil, kucing akan duduk berdekatan atau dipangkuan anda, atau menempel di atas papan kekunci ketika anda sedang sibuk bekerja?

Sudah menjadi sifat kucing untuk memerhatikan tuannya tidak kira dalam apa jua keadaan termasuk apabila anda berada dalam bilik air.

Anggap ia sebagai pujian kerana kucing ingin bersama anda kerana ia membuatkan kucing berasa tenang dan tanda ia menyayangi anda.

3. Kucing sebenarnya tak takut tempat basah

Kucing menyukai ruang yang kecil dan sebab itu bilik air menarik perhatiannya. Ada juga kucing yang suka melihat air mengalir malah ada sesetengah gemar minum air daripada kolah.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain