BAGAIKAN raja sehari. Begitulah ungkapan yang sering digunakan untuk mempelai pada hari bahagia mereka. ARTIKEL BERKAITAN: Gambar kahwin tak lawa! Ini 5 kesalahan yang sering dilakukan pengantin.... Jangan risau, abang photographer sedia kongsi tips Namun, banyak perkara yang perlu dilunaskan sebelum berstatus 'raja' apabila tibanya hari bersejarah itu. Dalam era serba moden ini, wujud pelbagai aplikasi dan perisian yang boleh membantu bakal pengantin menguruskan majlis mereka. Menerusi Pesona Cinta pada minggu ini, mStar menyenaraikan lima aplikasi percuma yang berguna untuk pasangan raja sehari. 1. Picsart Banyak sebenarnya wang yang perlu dibelanjakan oleh bakal pengantin demi menjayakan majlis mereka. Mereka sebenarnya boleh manfaatkan aplikasi Picsart untuk membuat rekaan kad jemputan perkahwinan. Pelbagai template kad undangan percuma dalam aplikasi Picsart. Aplikasi ini boleh dimuat turun secara percuma untuk pengguna iOS mahupun Android. 2. Seat Puzzle Kadang-kala pening dibuatnya untuk menentukan kedudukan tetamu dalam majlis yang bakal dilangsungkan. Dengan aplikasi Seat Puzzle, bakal pengantin boleh membuat susunan kedudukan meja atau kerusi secara maya terlebih dahulu. Ia bukan sahaja sesuai digunakan untuk merancang majlis kahwin, malah boleh diaplikasikan untuk tujuan perancangan majlis korporat dan sebagainya. 3. Pinterest Pinterest bagaikan lubuk idea buat mereka yang sedang mencari inspirasi. Wujud aplikasi dalam telefon yang membantu anda menyusun kedudukan tetamu sebelum berlangsungnya majlis. Segala idea kreatif yang dikongsi oleh pengguna dari seluruh dunia boleh diakses menerusi Pinterest untuk dijadikan rujukan dalam menjayakan dekorasi majlis. Selain rujukan idea untuk majlis kahwin, ia turut menawarkan pelbagai input kreatif dalam dekorasi ruang, makanan dan sebagainya. 4. InShot Selain perancangan sebelum majlis, pengantin juga perlu berfikir mengenai hari sebenar ia dijayakan. Dalam era pandemik Covid-19, ramai yang terjejas dari segi kewangan. Sudah tentu ada pasangan yang tidak mampu kos mengupah juruvideo. Jangan risau, rakam segala momen akad nikah dan majlis persandingan anda seperti biasa, video-video itu boleh disunting secara percuma menerusi aplikasi InShot. Kalau tak mampu upah khidmat juruvideo, anda sebenarnya boleh menghasilkan rakaman yang cantik dengan aplikasi suntingan percuma seperti InShot dan Prequel. Foto: Chen Feibo/For China Daily. Dengan paparan antara muka yang ringkas, ia menawarkan pelbagai fungsi sekaligus membolehkan anda menghasilkan video yang kelihatan profesional dengan percuma. 5. Prequel Prequel juga merupakan aplikasi percuma yang sangat menarik untuk menghasilkan video majlis perkahwinan anda. Aplikasi ini menawarkan puluhan filter percuma, membolehkan anda menambah seri video yang dihasilkan. Penggunaan filter ternyata dapat mengubah mood asal video yang dirakam, sekaligus menjadikan ia kelihatan ‘next level’ sebelum dimuat naik ke media sosial untuk tatapan semua. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!